Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Permintaan Cip AI Meningkat, Huawei Terpaksa Perlahankan Pengeluaran Telefon

Permintaan Cip AI Meningkat, Huawei Terpaksa Perlahankan Pengeluaran Telefon

Diterbitkan Februari 5, 2024 · Dikemas kini Februari 5, 2024 oleh Amalina Athman

Gara-gara permintaan meningkat untuk cip kecerdasan buatan (AI) Huawei, ditambah pula dengan kekangan pembuatan – gergasi teknologi China itu terpaksa mengutamakan AI serta memperlahankan pengeluaran untuk siri Mate 60.

Berkaitan

  • Senarai Peranti Huawei Yang Ada Diskaun, Terhad Bulan Februari Ini Sahaja

Memetik Reuters, tiga sumbernya mendedahkan bahawa Huawei menggunakan satu kemudahan yang sama untuk menghasilkan kedua-dua cip Ascend AI dan Kirin. Walau bagaimanapun, pengeluaran telah terjejas oleh kadar hasil yang rendah – menunjukkan cabaran dalam kualiti pengeluaran.

Situasi ini menggambarkan cabaran Huawei sejak sekatan AS pada 2019 dan kesan yang jelas terhadap penjualan cip pemprosesan AI ke China. Negara itu terpaksa mencari alternatif kepada Nvidia yang dikawal AS serta melancarkan inisiatif untuk meningkatkan kedudukannya dalam kuasa pengkomputeran.

Kehadiran Ascend 910B dianggap sebagai cip AI bukan Nvidia paling kompetitif yang tersedia di China. Maka, tidak hairanlah sekiranya Huawei mengutamakan pengeluaran cip Ascend berbanding cip Kirin, serta memperlahankan pengeluaran siri Mate 60.

Sebagai tambahan, Huawei juga dalam usaha untuk meningkatkan kadar hasilnya.

  • Beli produk Huawei di Shopee: https://invl.io/clkp09h
  • Beli produk Huawei di Lazada: https://invol.co/clkp09p

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY