Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Permainan Video Fortnite Bakal Ke Peranti Android Tidak Lama Lagi

Permainan Video Fortnite Bakal Ke Peranti Android Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Mei 21, 2018 · Dikemas kini Mei 21, 2018 oleh Haikel Areff

Berita baik buat penggemar permainan video mudah alih apabila syarikat pembangun permainan Fornite: Battle Royale, Epic Games mengumumkan bahawa permainan tersebut akhirnya akan boleh dimainkan pada peranti Android pada musim panas ini. Fornite sudah lama berada di pasaran iOS, Playstation dan Xbox namun baru kini permainan itu bakal hadir ke pasaran Android.

Seperti permainan pesaing mereka iaitu PUBG, permainan ini juga turut memiliki versi PC mereka dan jumlah pemain bagi permainan Fornite adalah sekitar 45 juta orang pemain di seluruh dunia. Akan tetapi, jumlah pemain bagi versi mudah alih untuk PUBG adalah melebihi jumlah pemain bagi Fortnite. Ini kerana permainan PUBG Mobile boleh dimainkan di iOS dan Android manakala Fortnite pula hanya boleh dimainkan di peranti iOS sebelum ini.

Kedua-dua permainan ini mempunyai gaya permainan yang hampir sama namun terdapat beberapa perbezaan yang ketara pada mereka. Antaranya ialah reka bentuk grafik pada Fortnite kelihatan lebih cartoon-ish berbanding PUBG Mobile yang lebih kepada reka bentuk realiti. Ini menyebabkan permainan Fortnite dikatakan lebih sesuai untuk dimainkan oleh kanak-kanak bawah umur kerana kelihatan kurang ‘ganas’.

Dengan Musim Keempat baru sahaja bermula bagi permainan Fortnite dan dijangka berakhir pada bulan September, pemerhati industri meramalkan bahawa permainan ini akan tersedia buat peranti Android pada permulaan Musim Kelima nanti. Jadi, pengguna Android terpaksa menunggu untuk beberapa bulan lagi untuk bermain Fortnite bersama rakan-rakan.

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY