Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Permainan Mudah Alih Rasmi Naruto Akan Dilancar Secara Global Di Platform iOS Dan Android

Permainan Mudah Alih Rasmi Naruto Akan Dilancar Secara Global Di Platform iOS Dan Android

Diterbitkan Oktober 14, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 14, 2026 oleh ariff bukhari

Berita gembira buat peminat siri Naruto di seluruh dunia apabila Bandai Namco Entertainment telah mengumumkan bahawa permainan mudah alih popular Naruto Mobile bakal dilancarkan secara global untuk platform iOS dan Android.

Pengumuman tersebut dibuat semasa acara New York Comic Con 2026 baru-baru ini, sekali gus menamatkan penantian panjang peminat di luar China yang selama ini hanya dapat melihat kejayaan permainan tersebut di pasaran asalnya.

Dilancarkan pertama kali di China pada tahun 2016 oleh MoreFun Studios milik Tencent, Naruto Mobile berjaya menarik jutaan pemain menerusi aksi pertarungan pantas, jalan cerita bedasarkan siri animenya serta penampilan pelbagai karakter ikonik daripada francais Naruto.

Versi global itu didedahkan sebagai sebahagian daripada Project Rasengan, iaitu pelan tiga tahun bagi kandungan media baharu Naruto yang berlangsung dari tahun 2027 hingga 2029.

Selain permainan mudah alih tersebut, pelan ini merangkumi siri anime terhad Naruto x Ninku, Permainan Kad Naruto, dan manga Naruto: Shadow Rising, serta projek-projek lain yang masih belum diumumkan.

Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi, senarai negara yang disokong serta kemungkinan pemindahan data dari versi China masih belum diumumkan.

Maklumat lanjut dijangka akan didedahkan pada acara Jump Festa 2027 hadapan.

Berkaitan

  • Permainan Mudah Alih Rasmi Naruto Baharu Dilancar
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Razer Lancar 3 Set Fon Kepala Baharu Tema Pokemon Berharga RM509

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY