Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Razer Lancar 3 Set Fon Kepala Baharu Tema Pokemon Berharga RM509

Razer Lancar 3 Set Fon Kepala Baharu Tema Pokemon Berharga RM509

Diterbitkan Oktober 14, 2026 oleh ariff bukhari

Razer mengembangkan lagi koleksi produk Pokémon mereka dengan pelancaran tiga model set fon kepala gaming baharu yang diinspirasikan oleh watak dari siri anime Pokémon.

Pelancaran ini merupakan sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-30 francais Pokémon yang diraikan di seluruh dunia.

Untuk edisi kali ini, watak ikonik Pokemon yang ditampilkan adalah Charizard, Lucario dan Sylveon menerusi model Razer BlackShark V3 X HyperSpeed dan Razer Kraken V4 X

Model pertama ialah Razer BlackShark V3 X HyperSpeed Charizard Edition, sebuah fon kepala tanpa wayar yang menampilkan reka bentuk berinspirasikan Pokémon naga paling popular dalam siri tersebut.

Turut diperkenalkan menerusi model ini adalah Razer BlackShark V3 X HyperSpeed Lucario Edition, yang mengekalkan spesifikasi berorientasikan esports dengan sambungan HyperSpeed Wireless dan pemacu audio TriForce 50 mm Generasi Kedua.

Razer Lancar 3 Set Fon Kepala Baharu Tema Pokemon Berharga RM509
Razer BlackShark V3 X HyperSpeed – Charizard Edition

Bagi peminat yang menggemari reka bentuk lebih ceria, Razer Kraken V4 X Sylveon Edition hadir dengan kombinasi warna yang menyerlah dalam kemasan merah jambu dan biru.

Fon kepala berwayar ini dilengkapi pemacu TriForce 40 mm, mikrofon HyperClear Cardioid yang boleh ditarik masuk serta pencahayaan Razer Chroma RGB.

Ketiga-tiga model set fon kepala baharu dari Razer ini sudah pun tersedia di pasaran pada harga RM509.

Beli barisan produk Razer dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clo3w2u
  • Lazada – https://invl.me/clo3w2r

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Pra Tempah Asus ProArt Dipacu NVIDIA RTX Spark Dibuka Pada Harga RM29,999
  • COROS PACE 4 Pro Dilancar 21 Oktober Ini, Skrin Lebih Besar, Bateri Tahan Lama

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY