Permainan League of Legends: Wild Rift Kini Boleh Dimainkan Untuk Kesemua Pengguna Di Malaysia


League of Legends: Wild Rift merupakan permainan versi LOL yang dicipta khas untuk telefon pintar. Pada tahun 2019, permainan ini telah diumumkan untuk platform Android, iOS, dan juga konsol.

Permainan ini belum lagi dilancarkan secara rasmi untuk semua namun hari ini merupakan beta terbuka untuk beberapa negara termasuk juga Malaysia pada Android dan juga iOS.



Sebelum ini, LOL: Wild Rift hanya boleh dimainkan melalui pengguna terpilih kerana masih lagi pada peringkat tertutup.

Selain Malaysia, negara lain seperti Indonesia, Jepun, Filipina, Singapura, Korea Selatan, dan Thailand juga turut boleh memainkan permainan ini.

Walaupun karakter LOL: Wild Rift sama sahaja seperti pada versi LOL untuk PC, petanya lebih kecil kerana mahu memendekkan sesi bermain sekitar 15 minit.

Menurut Riot Games iaitu pembangun permainan ini, versi rasmi penuh permainan LOL: Wild Rift hanya akan diumumkan pada tahun hadapan.

Sumber: LOL: Wild Rift