Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Empayar Melaka Chronicle

Jom Sumbang Dana Pembangunan “Empayar: The Melaka Chronicles” Serendah RM22

Diterbitkan Ogos 7, 2024 · Dikemas kini Ogos 7, 2024 oleh ariff bukhari

Pembangun permainan “Empayar: The Melaka Chronicles”, Univrse Interactive Sdn. Bhd. kini melancarkan kempen pendanaan awam (crowdfunding) Indiegogo untuk “Empayar: The Melaka Chronicles“.

Kempen ini berlangsung sepanjang bulan Ogos, bertujuan untuk mengumpulkan dana tambahan untuk meningkatkan dan memperluas potensi permainan tersebut untuk masa hadapan. 

Hasil sumbangan itu akan membantu pembangun permainan ini meningkatkan kualiti visual grafik, memperluas dunia permainan seperti misi baharu dan bagi memperbaiki dan meningkatkan pengalaman bermain secara keseluruhan.

Indiegogo adalah platform pendanaan awam yang membolehkan individu dan organisasi mengumpulkan dana untuk pelbagai projek dan usaha.

Penyokong, atau backers, boleh menyumbang dalam bentuk kewangan kepada kempen-kempen ini dan juga mendapat ganjaran eksklusif  termasuk ganjaran di dalam permainan, barang khas beredisi terhad dan peluang unik untuk menjadi sebahagian daripada proses pembangunan permainan.

Indiegogo Poster

Syarikat itu berkata, mereka berhasrat untuk mengumpulkan RM100,000 untuk memastikan penambahbaikan permainan pada masa hadapan dan menarik lebih banyak minat dari para pemain.

Sumbangan bermula serendah USD$5 (RM22) dan akan dipromosikan di seluruh dunia untuk turut menyumbang di dalam kempen ini.

“Dengan sokongan daripada komuniti permainan, dan orang awam, kami bertujuan untuk mencipta sesuatu  yang mengangkat keunikan Silat dan warisan Malaysia kepada pemain di seluruh dunia”. Encik Hezri Amir, CEO Univrse Interactive Sdn. Bhd.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan menyokong “Empayar: The Melaka Chronicles”, lawati laman Indiegogo. 

Berkaitan

  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini
  • Empayar: The Melaka Chronicles, Permainan RPG Buatan Malaysia
  • Dakwa 'Kesilapan Operasi', Meta Kembalikan Semula Hantaran PM
  • Telegram Perkenal Sejumlah Ciri Baharu - Pelayar Berbilang Tab, Stor Aplikasi Mini

Sumber: Siaran media Univrse Interactive

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY