Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perkhidmatan Uber Tamat, Apa Pilihan Untuk Rakyat Malaysia Selain Grab?

Perkhidmatan Uber Tamat, Apa Pilihan Untuk Rakyat Malaysia Selain Grab?

Diterbitkan April 8, 2018 oleh Wiser MY

Mulai hari ini, Uber secara rasmi mengundurkan diri dari operasi mereka di rantau Asia Tenggara. Keputusan diambil setelah menimbangkan segala faktor termasuk kerugian yang terpaksa ditanggung bagi menguasai pasaran yang meliputi 620 juta orang.

Uber menjual operasi mereka kepada Grab yang beribu pejabat di Singapura dan sebagai balasan, Uber Technologies Inc. mendapat pegangan saham di dalam Grab sebanyak 27.5%. Pelbagai isu yang naik mengenai penggabungan dua gergasi e-hailing di rantau ini dan antaranya adalah monopoli Grab akan merugikan pihak pengguna dan rakan pemandu mereka.

Badan agensi kerajaan seperti Singapura, Filipina dan juga Malaysia sedang melakukan siasatan mengenai dakwaan Grab melanggar akta anti-persaingan di negara masing-masing.

Namun pengguna tidak perlu risau kerana terdapat beberapa penyedia perkhidmatan e-hailing di luar sana yang cuba mengambil kesempatan terhadap pengunduran Uber dari pasaran rantau ini. Di sini diseneraikan beberapa penyedia perkhidmatan berpotensi memberikan saingan kepada Grab di Malaysia.

  • MyCar

home page mycar

MyCar meningkat naik sejurus selepas Uber mengumumkan penarikan diri mereka dari Asia Tenggara. Cara promosi yang dilakukan adalah melalui rakan pemandu mereka yang menjanjikan tiada pemotongan komisyen untuk rakan pemandu dalam tempoh promosi.

my car

Dari segi pengguna pula, tidaklah sesukar mana untuk mendapatkan pemandu mereka mungkin kerana pemasaran agresif yang dilakukan oleh pihak MyCar. Harga yang dikenakan pula masih lagi kompetitif jika dibandingkan dengan apa yang ditawarkan oleh Grab.

mycar rate

  • M.U.L.A

mula home page

MULA pula boleh dikatakan mirip seperti Uber jika dibandingkan dengan kadar tambang yang ditawarkan. Ini kerana mereka mengambil kira anggaran tempoh masa yang diambil bagi melengkapkan sesebuah perjalanan.

Perkhidmatan Uber Tamat, Apa Pilihan Untuk Rakyat Malaysia Selain Grab?

mula 2

Untuk proses mendapatkan pemandu pula, pengguna mungkin menghadapi kesukaran kerana bilangan pemandu yang terhad. Mungkin dengan sedikit pemasaran yang baik, platform ini berpotensi memberikan impak di dalam industri e-hailing di negara ini.

mula rate
Kadar tambang untuk MULA

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY