Perkhidmatan U Mobile Bakal Alami Gangguan, Beri Laluan Untuk Kerja Naik Taraf Dan Selenggara

U Mobile telah mengumumkan akan ada sedikit gangguan perkhidmatan bagi pengguna telco berkenaan.

Hal ini adalah disebabkan oleh kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan yang dijadualkan berlaku pada tarikh dibawah:

  • 18 Julai

  • 3 Ogos

  • 8 Ogos atau 9 Ogos


Kerja naik taraf dan selenggara ini akan dijalankan diluar waktu puncak iaitu dari tengah malam sehingga 6.30 pagi.

Diharap pengguna U Mobile dapat bersabar kerana ia adalah untuk kebaikan anda juga.

Untuk sebarang pertanyaan boleh diajukan soalan kepada talian Khidmat Pelanggan U Mobile di 018-388 1318.

SumberL: U Mobile