Epic Games Tawar Obduction Dan Offworld Trading Company Secara Percuma

Minggu-minggu sebelum ini Epic Games telah menawarkan permainan percuma bergenre arked klasik, strategi simulasi pembinaan, dan 3rd person shooter.

Untuk minggu ini, permainan yang ditawarkan percuma adalah Obduction dan Offworld Trading Company.

https://twitter.com/EpicGames/status/1415687601999253504?s=20

Obduction merupakan permainan pengembaraan sci-fi merentasi alam semesta dengan pelbagai landskap yang penuh teka-teki. Permainan ini berkisarkan pemain yang dibawa ke alam lain dengan pelbagai rahsia untuk diterokai.

Selain itu, ia juga boleh dimainkan menggunakan set kepala VR. Jika anda suka dengan permainan pengembaraan teka-teki dengan visual yang mengasyikkan seperti Myst, tebus dan tambah Obduction ke senarai permainan anda.

Offworld Trading Company pula adalah permainan real-time strategy (RTS) yang mana pemain perlu mengurus bisnes atau ekonomi di Marikh.

Seakan StarCraft, pemain perlu membina sumber-sumber tertentu untuk terus menguasai kawasan atau pasaran. Permainan ini juga mempunyai mod multiplayer sehingga lapan pemain.

Kedua-dua permainan ini sudah boleh ditebus secara percuma di Epic Games bermula hari ini dan akan tamat pada 22 Julai 2021.

Sumber: Epic Games

Baca juga - Razer Melancarkan Barracuda X, Fon Kepala Gaming Pelbagai Platform

Baca juga - "Mid-Year Sale" MSI Tawar Monitor Dan Kerusi Gaming Sebagai Hadiah