Sebagai penyambung kepada Mi A2, model ini sudah pasti menjalankan sistem antaramuka Android Pie 9 tidak seperti peranti Xiaomi lain yang cukup sinonim dengan sistem MIUI.
Secara ringkasnya, Mi A3 dilengkapi dengan spesifikasi seperti Snapdragon 665, RAM 4GB dengan pilihan memori simpanan antara 64GB atau 128GB. Rakaman foto pula ditugaskan kepada tiga lensa belakang yang terdiri daripada sensor 48MP + 8MP ultra lebar +2MP depth. Sebelah hadapan pula diletakkan sensor 32MP pada takuk skrin paparan.
Peranti ini turut disertakan dengan sensor imbasan cap jari dalam paparan, bicu audio 3.5mm serta dimuatkan dengan bateri berkapasiti 4030mAh menyokong pengecasan pantas 18W. Namun begitu, ia hanya dibekalkan dengan pengecas 10W dari dalam kotak. Skrin paparan AMOLED dihadapan berukuran 6.088 inci (1560p) dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 5.
Xiaomi Mi A3 akan mula dijual kepada peminat di Shopee serta Lazada bermula 3 Ogos 2019. Harga rasmi jualan yang diberikan adalah RM 899 (4GB+64GB) dan RM 999 (4Gb+128GB).
Berkaitan
- Bocoran Imej Xiaomi Mi 6X Memperlihatkan Dwi Kamera Belakang
- Garmin vivofit jr.3, Penjejak Kesihatan Untuk Kanak-Kanak Berharga RM390
- Cuba Anda Bayangkan iPhone Dijadikan Sebagai Pad Sesentuh Macbook
- Macpie Distribution Kini Pengedar Sah Nokia Di Malaysia
- Antara Ciri Yang Dibangunkan Dalam Android Q
- Mahu Bantuan Teknikal Tentang Android? Guna Tanda Pagar #AndroidHelp Di Twitter
- Google Allo Lancar Pada Khamis Ini.
- Sistem Amaran Tsunami Menerusi SMS
- Harry Kane Dilapor Akan Hadir Bersama Merasmikan Telefon Pintar Leagoo
- Mi 9T Habis Dijual Secara Pra-Tempah Dalam Hanya 2 Jam