Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KTMB SRT

Perkhidmatan Kereta Api Bangkok-Butterworth Akan Disambung Semula

Diterbitkan Ogos 21, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 21, 2024 oleh Amalina Athman

Malaysia dan Thailand bersetuju untuk menyambung semula perkhidmatan kereta api terus antara Bangkok, Padang Besar dan Butterworth, menurut State Railway of Thailand (SRT).

Sebelum ini, SRT membatalkan perkhidmatan ekspres harian antara Bangkok dan Butterworth pada 2016, serta mengehadkan operasi ke Padang Besar di sempadan Malaysia-Thailand.

Susulan mesyuarat baru-baru ini, Ketua Pejabat Gabenor SRT Ekkarat Sriarayanphong berkata bahawa satu jawatankuasa bersama akan ditubuhkan untuk memperincikan pembukaan semula laluan kereta api dari Bangkok ke Butterworth, melalui Padang Besar.

Fasa awal akan melibatkan percubaan operasi selama enam bulan.

Ekkarat berkata pemulihan perkhidmatan kereta api itu adalah sebahagian daripada rancangan untuk meluaskan kerjasama dalam menyediakan perkhidmatan yang menghubungkan Thailand dan Malaysia, serta memudahkan perjalanan orang awam dan pengangkutan barangan merentasi sempadan dengan lebih lancar.

Dalam pada itu, SRT dan KTMB turut bersetuju mempromosikan pelancongan dengan memperluaskan laluan kereta api persiaran percutian Malaysia, My Sawasdee yang kini berakhir di Hat Yai untuk dilanjutkan sehingga Surat Thani pada tarik yang akan dibincangkan kemudian.

Berkaitan

  • Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Ganjaran 'Rail Rewards' KTMB
  • KTMB Bakal Terima Tren ETS Generasi Ketiga Dari China, Mampu Pecut Selaju 160km/j
  • KTMB Ingatkan, Ceroboh Landasan Kereta Api Boleh Didenda RM500
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini

Sumber: BERNAMA

Gambar utama: Facebook

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY