Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Grab-Bike-Indonesia (1)

Perkhidmatan GrabBike Sudahpun Bermula Di Kuala Lumpur

Diterbitkan Januari 4, 2020 oleh Helmi Samsuri

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan program rintis bike hailing di Malaysia bakal dimulakan pada Januari 2020. Program rintis ini akan berlangsung selama 6 bulan.

Lanjutan daripada itu salah satu pengendali tempatan iaitu Grab sudahpun memulakan perkhidmatan GrabBike mereka sejak semalam. Pada ketika ini, perkhidmatan GrabBike hanya beroperasi dibeberapa kawasan terpilih di Kuala Lumpur. Lokasi yang tertera pada aplikasi adalah sekitar KLCC, Bukit Bintang, Pudu dan Chow Kit.

Selain itu, terdapat juga pilihan untuk penunggang wanita yang mana perkhidmatan itu hanya boleh digunakan penumpang golongan itu sahaja.

Perkhidmatan GrabBike Sudahpun Bermula Di Kuala Lumpur

Tambang untuk perkhidmatan ini diletakkan pada harga bermula dari RM3.70. Caj tambahan RM0.55 akan dikenakan bagi setiap kilometer antara 3km sehingga 5.5km. Sementara itu caj Rm1 pula dikenakan bagi setiap kilometer melebihi 5.5km.

Selain GrabBike, satu lagi perkhidmatan bike hailing iaitu Dego Ride turut mula beroperasi semula pada awal tahun ini. Kadar tambang yang dikenakan dari pengendali ini pula RM3 bagi 3km pertama dan tambahan RM1 untuk setiap kilometer seterusnya. Dego Ride turut mempunyai pilihan khusus untuk golongan wanita.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
©2026 WISER.MY