Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Grab Umum Pemberhentian 1,000 Pekerja

Grab, OpenAI Kerjasama Untuk Integrasi Teknologi AI

Diterbitkan Mei 30, 2024 ยท Dikemas kini Mei 30, 2024 oleh Amalina Athman

Grab hari ini mengumumkan kerjasama dengan OpenAI untuk membangunkan penyelesaian kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan pengalaman pengguna.

Berkaitan

  • Ini 6 Kawasan Lain Yang Terima Ciri GrabCar Saver
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Dengan kerjasama ini, Grab akan mengakses kepakaran teknikal dan strategik OpenAI bagi memenuhi keperluan khusus pengguna di Asia Tenggara, dengan tumpuan awal kepada tiga bidang utama.

Antaranya termasuk kebolehcapaian, yang akan memanfaatkan penggunaan teks dan keupayaan suara OpenAI untuk menjadikan perkhidmatan Grab lebih mudah diakses oleh semua pengguna.

Selain itu, Grab juga akan membangunkan bot sembang dengan teknologi AI untuk sokongan khidmat pelanggan serta mengintegrasi kepakaran OpenAI bagi menambah baik pemetaan GrabMaps.

Dalam pada itu, Grab merancang untuk menggunakan ChatGPT Enterprise dalam kalangan pekerja terpilih melalui perintis awal, melengkapkan usaha sedia ada untuk memacu penggunaan alatan AI yang lebih meluas di seluruh pangkalan pekerjanya untuk meningkatkan produktiviti.

Sumber: Grab

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY