Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
yes 5g iphone

Perkhidmatan 5G Daripada Yes Dan Unifi Dipercayai Akan Hadir Ke iPhone Tak Lama Lagi

Diterbitkan Februari 19, 2023 · Dikemas kini Februari 22, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Semasa beberapa syarikat telekomunikasi melancarkan 5G mula secara rasmi November lalu, 2 penyedia perkhidmatan yag 5G-nya tidak tersedia pada iPhone ialah Yes dan Unifi.

Justeru, jika pengguna Yes dan Unifi mahu menggunakan 5G, mereka harus menggunakan peranti Android.

Terbaru, beberapa pengguna iOS 16.4 versi beta berkongsi bahawa mereka sudah menerima rangkaian 5G Yes dan Unifi pada iPhone.

Finally, Yes & Unifi Mobile boleh guna 5G dekat iPhone. Call guna VoLTE pun berfungsi.

iOS 16.4 nanti boleh enablekan 5G & VoLTE utk telco yg guna generic profile.

Sebelum ni telco yg tiada official partner dgn Apple tak boleh terima & buat call. Btw hotspot masih tak support. pic.twitter.com/G0eUe8oJju

— Arib Ismail (@aribismail) February 18, 2023

Bukan hanya 5G, malah fungsi VoLTE juga dapat digunakan dalam versi beta tersebut.

Akan tetapi, fungsi hotspot masih boleh tidak digunakan.

Sokongan terhadap 5G dan VoLTE pada dua telco ini dilaksanakan melalui generic profile. Maksudnya, ada perkhidmatan dalam peranti Apple masih tidak boleh digunakan melalui rangkaian telco tersebut, misalnya dalam kes ini ialah hotspot.

Image
Sumber: Arib Ismail

Penggunaan generic profile juga bermaksud MNO masih belum memeterai perjanjian komersial dengan Apple untuk beberapa perkhidmatan telekomunikasi.

Ini bermakna apabila iOS 16.4 versi stabil dilepaskan kelak, kemungkinan besar pengguna Yes dan Unifi sudah boleh menggunakan rangkaian VoLTE dan 5G (tertakluk pada kawasan).

Image
Sumber: Arib Ismail

Untuk makluman, syarikat telekomunikasi perlu menandatangani kontrak dengan Apple untuk memastikan peranti Apple menyokong rangkaian 5G mereka dan beberapa perkhidmatan lain seperti FaceTime.

Berkaitan

  • Yes: CEO Jawab Kenapa iPhone Belum Sokong Rangkaian 5G Mereka
  • Kenali Apa Itu FUP Dan Kenapa Ia Disertakan Dalam Pelan Internet 'Unlimited'
  • Ini Kesemua Pelan Prabayar Dan Pascabayar Yang Ada 5G Di Malaysia Sekarang
  • Unifi Mobile Turunkan FUP Kepada 60GB, 'Hotspot' Dipotong 50%
  • Kedah Mula Terima 5G Di Beberapa Lokasi
  • Hanya Pelanggan 'High Speed' Boleh Cuba 5G Yoodo
  • Cara Miliki HONOR X9a Dengan Percuma - Skrin 'Curved' Tahan Lasak Dengan 5G
  • Ini Cara Beli 'Laptop' Dan Tablet Yang Sokong Aplikasi Google Harga ‘Rahmah’

Kami pernah melaporkan jawapan CEO YTL Communications Wing K. Lee berkaitan 5G Yes pada iPhone yang mengatakan ia hanya disebabkan faktor komersial.

Sumber: Arib Ismail

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY