Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
menara tm kedah alor setar

Kedah Mula Terima 5G Di Beberapa Lokasi

Diterbitkan Februari 7, 2023 Β· Dikemas kini Februari 7, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Menurut Digital Nasional Berhad, liputan 5G kini sudah mencapai 50% di kawasan berpenduduk seluruh Malaysia. Melalui perkongsian pengikut Wiser dan semakan di Internet, beberapa kawasan di Kedah sudah mula menerima rangkaian 5G.

Kedah https://t.co/KyKtUmhqza pic.twitter.com/DJS3s6qEBW

— Lan (@fdzln_14) February 5, 2023

Menurut Lan (@fdzln_14), dia menerima rangkaian 5G daripada Unifi Mobile di Alor Setar. Tangkap layar dikongsi menunjukkan kelajuan muat turun sekitar 400Mbps.

Area foodcourt Sungai Petani Selatan, area Lotus, area Sungai Jagung, Gurun dkt simpang 4 Taman Ria Mesra 1 pun dah ad.

Ni ja tmpt yg aku tau, lain2 tk p lagi. Area Cmart mmg tkdk 🀣

— FARISZRR πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ (@mad_risz) February 6, 2023

Selain ibu negeri, pengguna lain iaitu Fariszrr (@mad_risz) juga berkongsi bahawa sesetengah lokasi di Sungai Petani juga sudah tersedia dengan rangkaian itu. Antaranya berhampiran pasar raya Lotus’s Sungai Petani Selatan, Sungai Jagung, Taman Ria Mesra.

Bahkan, Gurun pun turut sama.

Kami menyemak ketersediaan 5G melalui peta nPerf dan ternyata beberapa kawasan di Kedah sudah dilengkapi 5G.

5g kedah nperf

Peta ini berdasarkan ujian dilakukan pengguna, bermakna ada kawasan yang tersedia 5G tapi tidak dipaparkan dalam peta kerana tiada pengguna di sana mengujinya melalui aplikasi nPerf.

Liputan 5G disemak melalui nPerf

Sungai Petani

5g kedah nperf sg petani
5G di Sungai Petani
5g kedah nperf tmn aman jaya
5G di Sungai Petani

Alor Setar

5g kedah nperf alor setar
5G di Alor Setar

Guar Chempedak

5g kedah nperf guar chempedak
5G di Guar Chempedak

Kulim

5g kedah nperf kulim 1
5G di Kulim
5g kedah nperf kulim 2
5G di Kulim

Pendang

5g kedah nperf pendang
5G sekitar Pendang

Diingatkan, ia bukanlah bermaksud keseluruhan kawasan/daerah tersebut mempunyai 5G, namun beberapa kawasan di dalamnya.

Peta interaktif di laman web DNB tidak menunjukkan lagi liputan di Kedah.

Tapi, dalam kenyataan syarikat baru-baru ini, jadual menunjukkan 13.1% kawasan berpenduduk di Kedah sudah mempunyai infrastruktur 5G DNB walaupun tiada dalam perancangan asal untuk 2022.

jadual dnb 5g 2022

Untuk pengetahuan, syarikat telekomunikasi yang menyediakan 5G sekarang ialah Digi, Celcom, U Mobile, Unifi Mobile dan Yes. Maxis dan MVNO lain masih belum menyediakannya.

Berkaitan

  • Kenali Apa Itu FUP Dan Kenapa Ia Disertakan Dalam Pelan Internet 'Unlimited'
  • Maxis Tangguh Perjanjian Akses 5G Dengan DNB
  • Yoodo Dan Tune Talk Dilihat Bersedia Menawarkan 5G
  • Penggunaan 5G Di Malaysia Meningkat 8 Kali Ganda, Cecah 253TB Sehari - DNB
  • Unifi Mobile Turunkan FUP Kepada 60GB, 'Hotspot' Dipotong 50%
  • Yes: 'Hotspot' Kini Merangkumi Penggunaan 5G Tapi Kuotanya Dinaikkan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY