Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
yes 5g iphone

Yes: CEO Jawab Kenapa iPhone Belum Sokong Rangkaian 5G Mereka

Diterbitkan Ogos 20, 2022 · Dikemas kini Ogos 21, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Drama 5G di Malaysia masih tiada penghujung. Sewaktu artikel ini ditulis saya percaya ketika dibaca kelak juga, satu-satunya penyedia 5G kepada pelanggan ialah Yes.

Walaupun sudah banyak telefon telah menyokongnya, namun kesemua iPhone yang mampu menyokong 5G (iPhone 12 dan ke atas) masih tidak boleh menggunakan rangkaian itu di Malaysia.

Mengapa tiada satu pun peranti Apple boleh menggunakan 5G di Malaysia sehingga hari ini?

“Anda mungkin mahu tanya buat panggilan pada Apple dan tanya mengapa,” jawab CEO YTL Communications Wing K. Lee berseloroh.

Wing kemudian mengatakan bahawa mereka masih dalam berunding dengan Apple.

Jelas beliau, Apple mengamalkan sebuah model di mana syarikat telekomunikasi perlu secara rasmi memeterai perjanjian perlesenan (licensing deal) dengan mereka terlebih dahulu.

Contohnya, jika syarikat operator mahu memasarkan iPhone, iPad dan lain-lain.

Yes buat masa ini tidak menandatangani perjanjian tersebut dengan Apple, justeru pengguna iPhone tidak dapat menggunakan 5G disediakan Yes.

Ditanya apa sebab masih tiada persetujuan dicapai sehingga kini, beliau mengatakan ia hanya disebabkan faktor komersil.

pelan yes infinite+

Dalam pada itu, Wing juga berkata dia menunggu peluang untuk menambah produk Apple ke dalam senarai peranti yang disokong mereka.

Yes dan pasukan Apple di Malaysia mempunyai hubungan yang baik, tambah CEO YTL  dalam sebuah wawancara di Astro Awani.

Jika anda perasan, Yes juga tidak menjual iPhone melalui kontrak seperti mana dilakukan penyedia perkhidmatan lain seperti Maxis.

Yes plans do not support iPhone devices DEBUNILED! "...we have not done that deal yet. We have been in conversation with Apple, look forward to the opportunity to enable Apple devices to our network as well.""
Sumber: Yes

Melalui semakan kami di laman web rasmi Apple juga, Apple itu hanya mengiktiraf 4 syarikat operator di Malaysia iaitu Maxis, Celcom, Digi dan U Mobile.

Yes ialah sebuah sebuah perkhidmatan telekomunikasi disediakan YTL Communications. Mereka telah menandatangani persetujuan dengan pemborong tunggal infrastruktur 5G iaitu DNB sejak 2021 lagi.

Soal peranti yang menyokong rangkaian 5G di Malaysia, anda boleh semaknya di laman web DNB dari masa ke masa atau baca di SINI.

Berkaitan

  • YES Lanjutkan Tempoh 5G Percuma Namun Tidak Beritahu Sehingga Bila
  • Selepas 5G, YES Kini Tawar Pelan Tanpa FUP Bermula RM58 Sebulan
  • Dua Peranti Xiaomi Tersedia Dalam Pelan 5G YES Infinite+
  • Unifi Mungkin Terawal Sediakan 5G Selepas Yes Mengikut Peta JENDELA
  • Tengku Zafrul Akui Ada Syarikat Luar Negara Mahu Sediakan 5G Di Malaysia, Tapi Syarikat Tempatan Jadi Prioriti
  • 12 Jenama Telefon Pintar Ini Sudah Menyokong Rangkaian 5G Di Malaysia

DNB tempoh hari menjelaskan bahawa mereka tidak bertanggungjawab meluluskan sesebuah peranti untuk menggunakan perkhidmatan 5G mereka tetapi hanya menyediakan fasiliti untuk pengeluar menguji peranti. Klik SINI untuk baca berita penuh.

Untuk perakuan dan kelulusan peranti 5G, ia masih tertakluk di bawah bidang kuasa SIRIM dengan garis panduan ditetapkan oleh  MCMC sama seperti peranti elektronik lain.

Sumber: Astro Awani

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY