Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perkara Yang Anda Perlu Tahu Berkenaan Kemaskini PUBG Mobile 0.7.0

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Berkenaan Kemaskini PUBG Mobile 0.7.0

Diterbitkan Julai 25, 2018 oleh Haikel Areff

Pemain permainan battle royale yang sedang popular ketika ini, PUBG Mobile sudah boleh mula memuat-turun kemaskini terbaru bagi permainan tersebut di peranti iOS dan Android mereka bermula semalam. Beberapa pembaharuan menarik telah dibawa masuk untuk kemaskini kini berkenaan.

Pembaharuan terbesar yang dibawa Tencent Games pada kali ini ialah satu mod terbaru, War Mode. Dalam mod berkenaan, pemain akan berperang dalam satu lingkungan permainan yang lebih kecil dari biasa, lebih kurang sama dengan mod Arcade yang sedia ada.

Screen Shot 2018-07-25 at 3.03.54 PM

Namun, apa yang menarik bagi War Mode ini ialah pemain akan terjun dari kapal terbang bersama satu senjata yang akan diberikan secara rawak. Pemain juga akan hidup semula tanpa had selepas dibunuh dan pemenang akan ditentukan dengan berlumba untuk menjadi yang pertama mencapai sasaran jumlah ‘pembunuhan’ yang telah ditetapkan.

Anda juga cuma boleh bermain secara duo atau skuad sahaja dalam mod ini. Selain daripada mod baru tersebut, kemaskini kali ini turut membawa beberapa senjata dan aksesori yang baru. Di antaranya ialah fungsi clan, senjata sniper SLR, skop tahap tiga dan enam, antaramuka lobi yang baru, dan banyak lagi.

IMG_20180723_215618 (1)

Tambahan pula, kemaskini terbaru ini membolehkan anda untuk mengubah kulit kereta, motor, bot, beg galas dan helmet mengikut kesesuaian pemain. Namun ianya hanya untuk paparan di Menu sahaja dan bukan untuk dibawa ke dalam permainan.

Seperti yang diberitahu pada awal artikel, kemaskini ini sudah boleh mula dimuat turun bermula semalam(24 Julai) secara berperingkat. Namun, semasa artikel ini ditulis, terdapat beberapa fungsi baru yang masih belum dapat digunakan seperti War mode dan mengubahsuaian kulit yang dinyatakan sebentar tadi.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
©2026 WISER.MY