Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
adware android

Perisian Hasad Dan Android Tiada Kesudahan, 49 Lagi Aplikasi Android Didapati Membawa Perisian Hasad Di Dalamnya

Diterbitkan November 13, 2019 · Dikemas kini November 13, 2019 oleh ariff bukhari

Sudah menjangkiti lebih daripada 3 juta pengguna peranti Android.

Penyelidik keselamatan dari TrendMicro baru-baru ini mendedahkan sebanyak 49 aplikasi Android dalam kategori foto dan permainan yang ditawarkan di Google Play Store didapati membawa perisian hasad iklan di dalamnya.

Kesemua aplikasi itu dilengkapi ciri algoritma yang dikustomasi khas bagi membolehkan ia elak dikesan dari pihak Google dari mengetahui ia membawa perisian hasad di dalamnya.

Malah ia juga turut dilengkapi ciri daripada dinyah pasang dari peranti yang sudah dijangkitinya.

“These apps are typical adware, hiding themselves within mobile devices to show ads and deploying anti-uninstall and evasion functions.” TrendMicro.

Perisian Hasad Dan Android Tiada Kesudahan, 49 Lagi Aplikasi Android Didapati Membawa Perisian Hasad Di Dalamnya
49 Aplikasi yang disenaraikan TrendMicro ini membawa perisian hasad di dalamnya.

Walaupun kesemua aplikasi itu sudah pun dibuang oleh pihak Google, tetapi sebelum Google bertindak, aplikasi-aplikasi tersebut sudah dimuat turun lebih daripada 3 juta kali oleh pengguna Android di seluruh dunia.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Google telah bekerjasama dengan firma keselamatan luar  dalam usaha meningkatkan lagi keselamatan pada aplikasi-aplikasi yang ditawarkan di Play Store.

Sepanjang tahun ini sahaja, beratus aplikasi yang ditawarkan di Play Store dilaporkan membawa perisian hasad di dalamnya yang telah didedahkan oleh pelbagai firma penyelidik keselamatan.

Kesemua perisian hasad itu pula disembunyikan oleh pembangun denagn pelbagai tujuan seperti bagi mengaut keuntungan mudah menerusi paparan iklan-iklan melampau, serangan ransomware, mencurui data peribadi pengguna dan macam-macam lagi.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY