Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kuala Lumpur

Gaji Minimum RM1,700 Sebulan Berkuat Kuasa Esok

Diterbitkan Januari 31, 2025 ยท Dikemas kini Januari 31, 2025 oleh Amalina Athman

Selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2025, Perintah Gaji Minimum baharu akan berkuat kuasa di seluruh negara mulai esok, 1 Februari 2025.

Bermula tarikh tersebut, kadar gaji minimum RM,1700 sebulan akan dilaksanakan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih serta majikan yang menjalankan aktiviti profesional, tanpa mengambil kira bilangan pekerja yang digajikan.

Manakala, bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima orang pekerja, tarikh kuat kuasa akan bermula pada 1 Ogos 2025.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menegaskan bahawa semua majikan diwajibkan untuk mematuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.

Kegagalan majikan untuk mematuhi penguatkuasaan itu merupakan satu kesalahan dan boleh didenda sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732).

Berkaitan

  • Belanjawan 2025: Kadar Gaji Minimum Dinaikkan Kepada RM1,700
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Pemahaman Mengenai Manfaat MyDigital ID Perlu Dipertingkat - Fahmi

Sumber: Kementerian Sumber Manusia

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY