Perincian Menyeluruh DxOMark Untuk HTC U11

Dengan rating tertinggi yang diberikan kepada kamera HTC U11 dalam kategori telefon pintar, ia merupakan terbaik kepada penggemar di luar sana yang mementingkan kualiti gambar di telefon pintar anda.

Di bawah kami tampilkan beberapa perbandingan dan kelebihan kamera HTC U11 dengan pesaing-pesaing lain di pasaran.

Kualiti Imej

Piksel-Dual PDAF dan sensor yang besar membantu HTC U11 menjarakkan diri dari telefon pintar lain

Sensor HTC U11 menggunakan dual-pixel Phase-Detection (PDAF) dan menghasilkan antara prestasi autofocus yang terbaik di pasaran setakat ini.

Dalam keadaan yang terang dan juga malap, sistem dual-pixel berfungsi lebih baik dari kamera tradisional PDAF lain dalam situasi yang sama.

HTC juga memanfaatkan Optical Image Stabilizer (OIS) untuk menghasilkan gambar yang rendah noise dan dengan sensor 1/ 2.55-inci yang besar, mengakibatkan gambar yang terhasil lebih baik walaupun dalam kondisi lampu yang malap.

Comparison__001-copy

Gambar Outdoor

Gambar yang diambil di luar juga sangat mengkagumkan dengan butiran yang tajam dan memaparkan kedalaman ruang yang baik.

Jika dibandingkan dengan kamera telefon pintar lain, gambar dari U11 dilihat lebih terang dan warna yang 'berani'.



Markah

Chart_Photo__920

Exposure dan Contrast (90)

U11 membari gambar dynamic range yang baik dan pendedahan yang memuaskan.

Kadang-kala gambar yang dihasilkan agak terang berbanding dengan telefon pintar lain dan terpulang kepada cita rasa masing-masing.



Color (85)

U11 juga menghasilkan gambar dengan warna yang memuaskan samada gambar diambil di dalam atau luar banggunan.

Di bawah lampu yang kurang pencahayaan, gambar terhasil kadang-kala kelihatan kekuningan.

Color shading pula dikawal dengan baik untuk kondisi di dalam dan di luar banggunan.

Color__002-copy

Autofocus (95)

HTC U11 mempunyai sistem autofocus antara yang terpantas dan tepat mengalahkan Google Pixel dan juga HTC 10.

AF__920

Details (94) dan Noise (89)

Imej yang diambil menunjukkan butiran yang terperinci dan juga rendah noise.

Untuk imej luar banggunan pula, butiran mungkin akan sedikit hilang untuk kawasan yang rendah kontras.



Artifacts (87)

Secara umum, U11 menangkap gambar dengan baik dengan mengenetepikan artifacts.

Artifacts ialah satu bentuk ubahsuai atau data yang tidak diingini terhasil dari pemprosessan digital.

Artifacts__001

Flash (88)

HTC U11 memproses gambar yang baik dengan menggunakan flash dengan pendedahan yang bagus serta butiran yang terjaga.

Flash__001__920

Video (89)

Chart_Video__920

Kekuatan

Untuk rakaman video pula, HTC U11 berfungsi sama baik dengan mod gambar dengan autofocus pantas dengan penstabilan imej yang agak efektif.

Kelemahan

Dalam kondisi cahaya yang kurang, terdapat sedikit butiran yang hilang dan sama untuk color shading.

Sumber