Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ruu stalk malaysia

Perbuatan ‘Stalk’ Berulang Kali Kelak Boleh Heret Anda Ke Penjara Selama 3 Tahun

Diterbitkan Ogos 18, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Pada 4 Ogos lepas, Dewan Rakyat telah diperdengar bacaan kali pertama pindaan Akta 574 yang  memasukkan perbuatan menghendap secara maya atau ‘stalk‘ sebagai satu jenayah.

Ya, ‘stalk’ berulang kali boleh ditakrifkan sebagai satu jenayah apabila RUU ini diluluskan kelak.

Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 ini bertujuan memasukkan seksyen baru 507a ke dalam Akta 574 untuk memperuntukkan bagi kesalahan menghendap.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata walaupun perbuatan ‘stalk’ tidak melibatkan sentuhan atau mendatangkan kecederaan namun ia boleh mengganggu mental dan emosi mangsa.

Menurut RUU ini, sesiapa yang berulang kali dengan apa-apa tindakan gangguan, berniat untuk menyebabkan, atau mengetahui atau sepatutnya mengetahui bahawa perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan, merisaukan, menakutkan atau mencemaskan akan keselamatan orang itu, melakukan kesalahan menghendap.

Berkaitan

  • RUU Kenakan Cukai Barang Import Dibeli Secara 'Online' Dibentang Di Parlimen
  • RUU Cukai Barang Import Yang Dibeli ‘Online’ Lulus Dewan Rakyat
  • Netflix Dikhabar Akan Sekat Ciri Penting Ini Bagi Pelan Langganan Beriklan
  • Dulu "LHDN", Kini Scammer Menyamar Jadi K-KOMM Pula
  • Tidak Sengaja Jual FIFA 23 Pada Harga ~RM0.30, EA Kata "Kira Halal"

Dalam RUU ini juga, individu yang disabitkan kesalahan akan dihukum penjara sehingga 3 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Datuk Mas Ermieyati Samsudin optimis yang RUU ini akan diluluskan di Parlimen pada hujung tahun ini.

Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022, Akta Kanun Keseksaan (Akta 574) ini dijangka akan dibacakan kali kedua dan ketiga pada Mesyuarat Ketiga mulai Oktober.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY