Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dnb digital nasional berhad

Tengku Zafrul Akui Ada Syarikat Luar Negara Mahu Sediakan 5G Di Malaysia, Tapi Syarikat Tempatan Jadi Prioriti

Diterbitkan Ogos 15, 2022 · Dikemas kini Ogos 15, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Enam pemain industri telekomunikasi besar di Malaysia telah bersetuju mengambil pegangan dalam Digital Nasional Berhad (DNB), menurut Tengku Zafrul.

Maxis dan U Mobile menjadi syarikat terakhir yang bersetuju untuk menerimanya pada minggu lalu.

Mereka kini dalam perbincangan mengenai jumlah bayaran untuk mendapat akses perkhidmatan 5G DNB.

Syarikat telekomunikasi diberi tempoh sehingga 31 Ogos 2022, sekitar 2 minggu lagi untuk melengkapkan perjanjian. Jika tidak, mereka akan ketinggalan.

Pun begitu, persetujuan penuh perjanjian dengan DNB hanya terjadi jika mereka bersetuju dengan syarat akses, selewat-lewatnya 31 Ogos ini, tegas Menteri Kewangan.

Beliau turut sedar akan kemungkinan beberapa syarikat ‘telco’ akan cuba melengah-lengahkan masa walaupun telah ditetapan tarikh akhir.

Berkaitan

  • Kini Lebih 80 Peranti Sokong 5G Malaysia, DNB Terus Sediakan Fasiliti Uji Peranti
  • Annuar Musa: 6 Syarikat Telekomunikasi Capai Persetujuan Dengan DNB, 70% Saham Akan Diagih
  • Unifi Mungkin Terawal Sediakan 5G Selepas Yes Mengikut Peta JENDELA
  • 1,000 Sekolah Akan Terima 5G, DNB Dan MCMC Sedia Jalin Kerjasama
  • Ketereh Dirasmikan Sebagai Hab Digital, Sedia Rangkaian 5G Dan Bantu Peniaga Kecil
  • Huawei, Xiaomi, vivo Cari Jalan Penyelesaian Atasi Isu Telefon 5G Cepat Panas

Dalam pada itu, Tengku Zafrul mengakui ada syarikat luar negara yang berminat untuk masuk ke pasaran 5G tempatan dan sukar untuk pihaknya untuk tidak membenarkannya.

Akan tetapi, keutamaan masih diberi pada syarikat telekomunikasi tempatan kerana mereka telah banyak melabur.

Dikatakan juga bahwa syarikat luar “beratur” untuk mendapat akses dalam pasaran Malaysia.

Banyak antara syarikat luar ini mempunyai minat yang serius kerana pada mereka, ia tidak memerlukan modal belanja (capex). Selain itu, DNB juga mempunyai teknologi dan tahu selok belok pasaran di sini, tambah Tengku Zafrul.

Pengguna dipercayai akan mendapat kelebihan seperti harga yang lebih rendah jika syarikat luar dibenarkan meluaskan sayap di Malaysia.

Sumber: Malay Mail

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY