Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gsmarena_000 (1)

Telefon Pintar Xiaomi Pada Tahun Hadapan Dijangka Akan Disertakan Pengecasan 55W

Diterbitkan November 24, 2020 ยท Dikemas kini November 24, 2020 oleh Amalina Athman

Pada masa ini, kebanyakan peranti andalan Xiaomi hanya didatangkan dengan sokongan pengecasan pantas 33W. Terbaru, Xiaomi dilaporkan telah menerima pensijilan 3C di China bagi pengecas yang menyokong pengecasan pantas 55W.

Xiaomi 55W

Pengecas dengan nombor model MDY-12-EQ ini mempunyai kadar sokongan pengecasan 5V/2A, 9V/3A, 20V/2.5A dan 11V/5A. Memetik laporan dari Digital Chat Station, peranti akan datang Xiaomi, dari kelas pertengahan hingga andalan akan dimuatkan dengan pengecasan 55W.

Telefon Pintar Xiaomi Pada Tahun Hadapan Dijangka Akan Disertakan Pengecasan 55W

Mengimbas kembali, Xiaomi pada Mac lalu telah melancarkan Mi 10 Pro 5G yang mempunyai teknologi pengecasan pantas pada 50W. Siri Mi 10T pula dilancarkan dengan sokongan pengecasan 33W. Sementara itu, Mi 10 Ultra yang hanya dipasarkan di China hadir dengan sokongan pengecasan lebih pantas iaitu 120W.

Terdapat kemungkinan pengecasan pantas 55W ini pertama kali akan diperkenalkan pada siri Mi 11. Khabar angin menyatakan Mi 11 yang akan dimuatkan dengan cip Snapdragon 875 dijangka akan dilancarkan seawal Januari 2021.

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY