Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Peranti Utama Xiaomi Selepas Ini Mungkin Akan Menampilkan Fungsi Pengecasan Tanpa Wayar

Diterbitkan September 22, 2017 ยท Dikemas kini September 23, 2017 oleh Wiser MY

Xiaomi mungkin antara pengeluar pertama yang memperkenalkan skrin bezel-less di pasaran peranti telefon pintar. Namun, peranti telefon pintar mereka masih tidak mempunyai fungsi pengecasan tanpa wayar.

Nampaknya perkara itu bakal berakhir dengan pengeluar dari China itu bakal menyertai Konsortium Kuasa Pengecasan dengan mengeluarkan peranti Xiaomi pertama yang menggunakan pengecasan tanpa wayar.

Peranti Utama Xiaomi Selepas Ini Mungkin Akan Menampilkan Fungsi Pengecasan Tanpa Wayar

Konsortium Kuasa Pengecasan yang ditubuh pada tahun 2008 merupakan satu organisasi yang mempromosi penggunaan teknologi pengecasan tanpa wayar Qi. Ia menjadi topik utama pada tahun 2012 yang lepas apabila Nokia dan Google melancarkan peranti telefon pintar yang menyokong pengecasan tanpa wayar.

Apple merupakan pengeluar terbaru yang menyertai konsortium tersebut dengan pengenalan iPhone yang menyokong pengecasan tanpa wayar. Mengikut laman sesawang Konsortium tersebut, Xiaomi telah didaftarkan sebagai ahli dalam konsortium itu.

Berkemungkinan besar, Xiaomi juga akan mengeluarkan peranti telefon pintar yang menyokong pengecasan tanpa wayar. Apa-apa pun kita lihat selepas ini samada peranti utama mereka Xiaomi Mi 7 menyertakan sekali teknologi pengecasan tanpa wayar.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
©2026 WISER.MY