Tidak terhenti kepada penawaran kelas pertengahan, Redmi juga bakal melancarkan peranti utama menggunapakai cip Snapdragon 855. Berdasarkan video acah yang dikongsikan tempoh hari, ia turut memperlihatkan rekaan kamera swafoto terangkat seperti kebanyakkan rekaan peranti yang ada dipasaran sekarang.
Beberapa ketika lalu, ada spekulasi menyatakan ia akan dipanggil sebagai Redmi X namun disangkal oleh CEO syarikat yang menyatakan "Not call Redmi X, there will be a better nama. Good Night"
Terbaru, berdasarkan imej yang menunjukkan lapisan pelindung peranti, peranti utama Redmi dijangka hadir dengan nama Redmi K20 Pro. Ia turut tertera dengan beberapa spesifikasi ringkas seperti Snapdragon 855, kamera belakang 48MP dan kamera hadapan 20MP.

Bahagian paparan pula menggunakan skrin AMOLED 6.39 inci serta mempunyai sokongan pengecasan pantas 27W. Siri 'K' mungkin siri peranti utama terbaru bagi Redmi tetapi masih awal lagi untuk mengesahkannya. Kita nantikan pengumuman rasmi dari Redmi pada masa depan.
Sumber: It Home
Berkaitan
- Xiaomi Mi 9 Dibayangkan Kemunculannya Pada Februari Nanti
- Meizu Lancar Pro 6 Plus Dan M5 Note Untuk Pasaran Tempatan, Harga Bermula Dari RM849
- Vivo NEX 3 5G Rasmi Dijual Pada Harga RM3899, Pra-Tempah Bermula Hari Ini
- Snapdragon 875 Dikatakan Membawa Spesifikasi Ini
- Promosi Days Of Play Bermula, PlayStation 4 Pro (1TB) Diskaun RM400
- Redmi Note 7 Bakal Membuat Kemunculan Rasmi 19 Mac Ini
- TM Tangguh Dulu Promosi Unifi Lite 10Mbps RM99
- Realme X2 Pro Sah Akan Dilengkapi Snapdragon 855+, Lensa 64MP Dan Paparan 90Hz
- Samsung Bergandingan Dengan Blackberry Hasilkan Tablet “Spy-Proof”
- HONOR Malaysia Tunda Pelancaran HONOR 9X Pro Dan Dua Peranti Lain