Perkara ini telah dialami oleh ramai pengguna Samsung termasuklah kepada mereka yang memiliki model terbaru keluaran Samsung seperti Galaxy Note 8 dan Galaxy S9. Malah, terdapat seorang pengguna Reddit telah memberitahu bahawa peranti miliknya telah menghantar keseluruhan koleksi gambar yang disimpan kepada salah satu daripada kenalannya pada waktu tengah malam.
Penghantaran gambar secara automatik tanpa pengetahuan mampu memberi impak yang sangat besar sekiranya gambar yang dihantar adalah sensitif atau dihantar kepada orang yang tidak diingini seperti pelanggan ataupun majikan. Ia sekaligus akan memberi kesan kepada kehidupan peribadi mereka pada masa akan datang.
Apa yang lebih menakutkan, tiada sebarang rekod penghantaran akan dapat dilihat oleh pemilik peranti sekiranya masalah ini berlaku. Mereka hanya akan mendapat tahu tentang perkara ini sekiranya penerima sendiri yang memberitahu kepada mereka.
Kredit : BGR
Pada awalnya, perkara ini telah dikaitkan dengan kemaskini protokol berkaitan permesejan yang dibuat oleh pihak T-Mobile. Namun, ketika dihubungi oleh pihak Gizmodo, T-Mobile telah menegaskan bahawa masalah berkenaan bukanlah berpunca daripada mereka.
Pengguna Samsung dinasihatkan agar mengubah tetapan berkaitan kebenaran akses kepada aplikasi permesejan Samsung pada peranti mereka. Ini bagi mengelakkan aplikasi berkenaan untuk bebas mengakses senarai kenalan dan galeri peranti.
Sumber
Berkaitan
- Spesifikasi Penuh Siri Samsung Galaxy S10 Didakwa Tertiris
- Rebat Tunai Sebanyak RM 400 Ditawarkan Kepada Setiap Belian Samsung Galaxy Note 9
- MWC 2017: Samsung Melancarkan Dua Model Tablet Baru
- Tali Pinggar Pintar Jenama Welt Dari Samsung Disenaraikan Dalam Kickstarter
- Samsung Notebook Odyssey Z- Untuk Kepuasan Bermain Yang Maksima
- Samsung Galaxy Note 9 Mula Terima Kemaskini Android 9 Pie
- #MWC2019- Samsung Galaxy S10 5G, Kita Masih Belum Bersedia
- Samsung Umum Pembikinan Program TV Khas Hanya Untuk VR
- Samsung Galaxy Note 9 Dikatakan Lebih Pantas Berbanding iPhone X
- Samsung Galaxy Note 9 Dilancarkan Secara Rasmi Bagi Pasaran Malaysia