Melihat kepada imej poster tersebut, ia mengandungi satu imej angka 7 yang menguatkan lagi ura-ura tentang perkara ini. Sebelum ini, menurut laporan akhbar India, First Post , Xiaomi merancang untuk melancarkan peranti Mi 7 ini pada suku pertama tahun ini, namun mungkin ada beberapa sebab mengapa ia terpaksa ditangguhkan sehingga ke hari ini.
Walaubagaimapun, menurut GSMArena, poster berkenaan masih menjadi tanda tanya kerana setakat ini poster berkenaan cuma tersebar di laman Weibo sahaja dan tidak disiarkan di mana-mana akaun rasmi yang terlibat secara langsung dengan syarikat Xiaomi. Untuk rekod, peranti Xiaomi Mi 6 telah diperkenalkan pada bulan April tahun lalu dan setelah lebih setahun, tidak mustahil peranti Mi seterusnya akan keluar dalam masa terdekat.
*imej tidak rasmi
Menurut GSMArena lagi, peranti ini berkemungkinan besar akan menggunakan cip pemprosesan keluaran Qualcomm, Snapdragon 845 dan disokong oleh memori sehingga 8GB RAM. Tambahan pula, jika menurut kepada imej tertiris, peranti ini turut tidak ketinggalan untuk menggunakan reka bentuk takuk pada paparan skrinnya.
Bagi peminat peranti keluaran Xiaomi, anda boleh mengikuti laman sesawang Xiaomi Malaysia atau Facebook mereka untuk info terkini berkenaan peranti Xiaomi Mi 7 ini.
Sumber
Berkaitan
- Xiaomi Bakal Lancarkan Peranti Dengan Kamera 48MP Pertama Di Dunia Januari Ini
- Facebook Mungkin Didenda RM 6.75 Bilion Akibat Pelanggaran Privasi Terbaru
- Pengeluaran Samsung Galaxy Note 7 Dihentikan
- Galaxy Note FE - Kelahiran Semula Note 7
- Kiriman Tweet PlayStation Russia Cetus Tanda Tanya Kepada Peminat
- Huawei Tampil Pula Dengan Model Y5 2017 Memfokuskan Pada Model Kelas Pertengahan
- YouTube Rewind 2018 Kini Rasmi Sebagai Video Paling Tidak Digemari Di YouTube
- Samsung Menerajui Takhta Liga Pasaran Telefon Pintar Suku Pertama 2017 Mengalahkan Apple
- Google Membawa Kemaskini 7.1.2 Untuk Tablet Pixel C
- Giliran OPPO Reno 10X Zoom Pula Mendarat Di Malaysia Pada 27 Mei Ini