Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Peranti Oppo Terbaru Membayangkan Rekaan OnePlus 6 Yang Akan Datang

Peranti Oppo Terbaru Membayangkan Rekaan OnePlus 6 Yang Akan Datang

Diterbitkan Mac 20, 2018 oleh Wiser MY

Kalau anda masih tidak perasan, tahun 2018 akan menampilkan rekaan peranti mirip seperti peranti iPhone X terutamanya pengeluar dari China. Rekaan takuk di bahagian skrin paparan sudah menjadi ikutan bagi pengeluar seperti Asus, Huawei, dan LG.

Oppo sebagai salah sebuah pengeluar telefon pintar besar di China tidak ketinggalan mengikuti trend takuk untuk peranti mereka. Mereka baru sahaja melancarkan peranti R15 di China dan menampilkan rekaan sama seperti iPhone X.

Peranti Oppo Terbaru Membayangkan Rekaan OnePlus 6 Yang Akan Datang

OnePlus sebagai salah sebuah anak syarikat Oppo tidak dapat lari dari falsafah rekaan Oppo kerana peranti OnePlus 5T mereka sebelum ini telah mengikut rekaan yang sama peranti Oppo, R11.

Oppo R15 yang terbaru ini tidak sepenuhnya menampilkan rekaan skrin paparan penuh  dan kedudukan kamera tidak diletakkan pada kedudukan menegak. Peranti ini menampilkan tetapan dwi-kamera.

Spesifikasi:

  • Skrin paparan 6.28 inci dengan nisbah 19:9 (OLED Display)
  • Cip pemprosesan Helio P60/Snapdragon 660 (Seramik)
  • 6GB RAM/128GB ROM
  • Bateri 3,450 mAh dengan teknologi pengecasan pantas VOOC
  • Android 8.1 Oreo

Oppo R15 datang dengan dua versi iaitu kaca dan seramik. Versi seramik akan dijual dengan harga yang lebih tinggi berbanding versi kaca.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY