Seperti sedia maklum, majoriti peranti Android pada tahun ini telah menggunapakai reka bentuk takuk pada skrin hadapan mereka, dan OnePlus 6 juga tidak terlepas daripada gaya terkini tersebut. Selain daripada itu, pihak OnePlus juga mengesahkan bahawa peranti terbaru mereka ini merupakan sebuah peranti kalis air selain mempunyai kerangka kaca bagi menyerlahkan lagi kecantikan peranti tersebut.
OnePlus menjanjikan sebuah peranti yang pantas apabila mereka menggunakan slogan kata 'The Speed You Need' pada poster promosi untuk OnePlus 6 ini. Dan jika menurut spesifikasi yang telah dilaporkan, tidak salah untuk pihak mereka menggunakan slogan tersebut. Dengan sokongan cip pemproses dari Qualcomm, Snapdragon 845 serta memori sebesar 8GB RAM sepatutnya peranti ini dapat memberikan pengalaman penggunaan yang pantas dan lancar walaupun dalam multi-tugas.
Beberapa orang individu bertuah telah dipilih oleh pihak OnePlus untuk melihat dan memegang peranti OnePlus 6 ini sendiri dan anda boleh tonton video di bawah untuk melihat sendiri reaksi mereka.
https://youtu.be/YRZY61DlOxk
Kita sudah boleh membayangkan bagaimana menariknya rupa bentuk peranti OnePlus 6 ini dengan melihat daripada reaksi keterujaan mereka. Walaupun imej peranti ini dikaburkan, dapat dilihat pada belakang peranti di mana kedudukan kamera utama peranti ini adalah di bahagian tengah. Selain itu, kemungkinan besar peranti ini akan mempunyai tiga pilihan warna iaitu putih, hitam dan satu lagi warna yang tidak dapat dipastikan sama ada biru atau ungu gelap.
Sebelum ini, pihak OnePlus juga mengesahkan bahawa mereka akan megeluarkan versi edisi terhad Avengers namun agak mengecewakan kerana versi tersebut adalah eksklusif untuk pasaran India sahaja. Kita mungkin akan dapat mendengar berkenaan harga yang ditawarkan oleh OnePlus untuk peranti ini selepas majlis pelancaran tersebut.
Sumber
Berkaitan
- Vivo Umum Nama-Nama Pemenang Vision Photography Contest, Bakal Bawa Pulang Wang Tunai RM6000
- IFA 2016: Lenovo Melancarkan Model P2 Dan A Plus
- Mahkamah China Memerintah Samsung Membayar $11.6 Juta Kepada Huawei
- Segala Berita Tentang OnePlus 5T Setakat Ini. Apa Berbezaan Dengan OnePlus 5
- Nokia 6.1 Plus - Comel Tapi Mahal?
- Gambar Tertiris LG G6 Yang Dijadualkan Pelancarannya di MWC 2017
- Honor 10 Dilancarkan Buat Pasaran Malaysia Pada Harga Serendah RM 1,699
- Vivo Sah Jadi Antara Yang Pertama Guna Snapdragon 865 5G
- IFA 2016: Jam Pintar Withings Steel HR
- OnePlus Bullets - Fon Telinga Kalis Air Dengan Pengecasan Pantas Dilancarkan