Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen_Shot_2018_04_16_at_3.25.49_AM (2)

Peranti Kelas Perdana Terbaru Dari Sony – Xperia XZ 2 Premium

Diterbitkan April 16, 2018 oleh Haikel Areff

Selepas mengumumkan tentang pelancaran telefon pintar mereka, Xperia XZ 2 dan XZ 2 Combat pada MWC 2018 yang lepas, kini Sony hadir pula dengan peranti kelas perdana terbaru mereka, Xperia XZ 2 Premium. Sony masih mengekalkan reka bentuk Xperia XZ 2 pada Xperia XZ 2 Premium, tetapi telah menaiktaraf peranti ini dari beberapa aspek seperti kualiti kamera, resolusi paparan serta saiz memori.

Screen Shot 2018-04-16 at 16.52.20

Apa yang menjadi tumpuan pada peranti terbaru Sony ini ialah kualiti kameranya. Xperia XZ 2 merupakan peranti pertama dari Sony yang akan menggunakan dwi-kamera sebagai kamera utama. Peranti ini bakal hadir dengan gabungan lensa 12MP f/1.6 pengesan monokrom and a 19MP f/1.8 penembak RGB. Kamera Xperia XZ 2 Premium ini dilaporkan mampu mencapai sehingga 51,200 ISO semasa mengambil gambar serta 12,800 ISO semasa rakaman video dengan resolusi 4K HDR.

Selain itu, paparan skrin dengan resolusi 4K HDR pula merupakan salah satu aspek yang ditambah baik oleh Sony bagi peranti ini berbanding Xperia XZ 2. Ia merupakan salah satu paparan skrin yang tertinggi pernah digunakan oleh peranti telefon pintar. Manakala bagi saiz memori pula, Xperia XZ 2 Premium akan hadir dengan 6 GB RAM berbanding 4 GB pada Xperia XZ 2.

Peranti Kelas Perdana Terbaru Dari Sony – Xperia XZ 2 Premium

Peranti ini dijangkan akan dijual pada harga sekitar $ 900 – $ 1000 (~RM 3,500 – RM 3,900). Sony Malaysia pula masih belum membuat sebarang kenyataan berkenaan peranti ini. Ikuti laman sesawang Sony Malaysia atau laman produk Xperia XZ 2 Premium untuk perkembangan terkini berkenaan Sony Xperia XZ 2 Premium ini.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY