Apple tidak perlu bersusah payah untuk mengeluarkan belanja yang besar bagi mempromosikan produk iPhone mereka. Akan tetapi, terdapat sedikit keluhan daripada peminat mereka di mana peranti iPhone sering dilancarkan dengan variasi warna yang sama - hitam, perak, dan emas.
Variasi warna pada iPhone 7
Namun, berita baik untuk peminat iPhone kerana Apple dilaporkan telah mendengar keluhan mereka. Ini kerana menurut laporan 9to5Mac, model iPhone pada tahun ini dijangka akan diperkenalkan dengan lebih pilihan warna. Warna yang mungkin akan disertakan ialah biru, merah, dan jingga.
Warna merah yang terdapat pada peranti iPhone sebelum ini merupakan edisi istimewa PRODUCT(RED). Tidak dapat dipastikan sama ada warna merah pada peranti terbaru iPhone nanti adalah edisi yang sama atau variasi warna daripada Apple sendiri.
Sumber : Apple
Apple dijangka akan memperkenalkan tiga versi iPhone pada tahun ini iaitu peranti iPhone X yang dinaiktaraf, iPhone X Plus dengan skrin 6.5 inci OLED dan sebuah model iPhone dengan harga mampu milik. Model ini dikatakan akan menggunakan paparan skrin LCD 6.1 inci dan akan hadir dengan bezel nipis pada paparan hadapan peranti.
Sumber
Berkaitan
- iPhone Face ID - Ciri Futuristik Yang Bakal Mendatangkan Kerisauan Pengguna
- Xiaomi Redmi Pro 2 Bakal Dilancarkan Pada Penghujung Bulan Ini
- Keluaran iPhone Akan Datang Mempunyai Ciri Pengecasan Tanpa Wayar Dua Hala
- Ulasan iPhone 11 Daripada Seorang Bekas Xiaomi-fag
- Apple Dijangka Akan Mengekalkan Beberapa Ciri Lama Pada iPhone 2019
- Acara Pelancaran iPhone X- Model iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus Turut Sama Diperkenalkan
- Samsung Mahu Memperkenalkan Servis Penstriman VR Untuk Sukan Olimpik 2018
- Samsung Dijadual Akan Melancarkan TV 8K QLED Pertamanya di IFA 2018
- Pengguna iPhone Berang Dengan Iklan Peranti Galaxy S9 Oleh Samsung
- iPhone 11, 11 Pro, & 11 Pro Max