Peranti Huawei Terbaru Mungkin Hadir Dengan Ruang Memori 512GB

Huawei belum lagi memperkenalkan peranti utama mereka untuk tahun ini dan cuma memperkenalkan peranti kelas pertengahan mereka yang lain. Tahun ini Huawei dijangka akan melancarkan 3 peranti P20 dimana versi premium P20 dikatakan akan menggunakan sehingga 3 kamera sebagai sistem kamera utama.

Menariknya, terdapat khabar angin lain mengatakan ada peranti Huawei lain yang muncul dengan spesifikasi yang baik telah muncul di TENAA. Peranti yang menggunakan nombor model NEO-ALOO menyenaraikan ruang RAM sebesar 6GB dan ruang simpanan sebanyak 512GB.



Sebagai rujukan, peranti Galaxy S9 cuma memuatkan ruang simpanan sebanyak 256GB. Ironiknya, Samsung mengumumkan akan memulakan proses pembuatan cip memori berkapasiti 512GB UFS yang pertama di dunia.

Setakat ini tiada lagi maklumat lanjut mengenai peranti NEO-ALOO ini dan ada mengandaikan mungkin ini adalah peranti siri Mate Huawei. Mereka dikatakan sedang mempersiapkan satu peranti konsep yang mungkin dinamakan Mate X jika melihatkan Huawei telah mendaftarkan tanda dagangan MateX di pasaran Eropah di bawah kategori telefon pintar.

Atau mungkin sahaja ini peranti Huawei P20 Pro.

Sumber