Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Peranti Huawei P9 Mungkin Tidak Akan Menerima Kemaskini Android 8.0 Oreo

Peranti Huawei P9 Mungkin Tidak Akan Menerima Kemaskini Android 8.0 Oreo

Diterbitkan Jun 20, 2018 oleh Haikel Areff

Huawei telah melancarkan percubaan beta bagi Android 8.0 Oreo pada beberapa peranti mereka yang terdahulu termasuk model Huawei P9 dan P9 Plus kira-kira dua bulan yang lalu. Namun menurut laporan terkini daripada 4gnews, peranti Huawei P9 mungkin tidak akan menerima kemaskini sistem operasi berkenaan sama sekali.

Menurut laporan berkenaan, seorang pengguna Huawei dari UK telah mengirim satu e-mel kepada pihak sokongan Huawei UK berkenaan kemaskini Android Oreo bagi peranti Huawei P9. Bagaimanapun, maklum balas yang diterima adalah mengecewakan.

Peranti Huawei P9 Mungkin Tidak Akan Menerima Kemaskini Android 8.0 Oreo

Pihak Huawei telah memaklumkan bahawa perkakasan yang digunapakai pada peranti berkenaan telah menghadkan prestasi sistem operasi Android Oreo. Ia menyebabkan beberapa masalah seperti operasi peranti sering terhenti dengan sendiri dan kuasa bateri turun dengan lebih pantas.

Perkara ini telah menjadi penyebab kepada keputusan Huawei untuk tidak mengeluarkan kemaskini berkenaan pada peranti Huawei P9. Walaubagaimapun, tiada sebarang maklumat lanjut berkenaan perkara ini bagi peranti lain yang turut menerima sistem percubaan beta Android 8.0 seperti Huawei P9 Plus dan Mate 8.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Mikroskop Digital 4K EVO Cam AURA Diperkenal Untuk Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
©2026 WISER.MY