Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Warranty Extended

Peranti HONOR Tamat Waranti Ketika PKP? HONOR Lanjutkan Waranti Sehingga 31 Mei

Diterbitkan April 16, 2020 oleh Helmi Samsuri

Telefon pintar HONOR anda mengalami masalah dan mahu mendapatkan waranti, tetapi PKP masih berjalan?

Usah khuatir kerana HONOR hari ini mengumumkan penambahan tempoh waranti untuk kesemua produk yang tamat sepanjang PKP dikuatkuasakan.

Menurut HONOR, mana-mana produk yang tamat tempoh antara 18 Mac sehingga 30 Mei 2020, akan diberikan lanjutan waranti sehingga 31 Mei 2020.

Dinyatakan juga, lanjutan ini meliputi urusan waranti biasa, perlindungan skrin, sokongan penukaran dalam masa 7 hari dan banyak lagi.

Kaedah ini diumumkan untuk memastikan sokongan selepas jualan dapat diberikan bagi pengguna yang terkesan.

Selain HONOR, Samsung dan ASUS turut menjalankan lanjutan waranti bagi kesemua keluaran mereka yang tamat tempoh ketika PKP dilangsungkan.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY