ASUS Beri Lanjutan Waranti Selama 30 Hari Untuk Semua Produk

Sepanjang PKP sejak Mac yang lepas, pelbagai syarikat tampil menyediakan bantuan tidak kiralah dalam apa jua bentuk sekalipun.

Antara yang terbaru bagi memudahkan pengguna, ASUS Malaysia mengumumkan lanjutan 30 hari bagi mana-mana peranti yang tamat tempoh pada waktu PKP dijalankan.



Menurut ASUS Malaysia, penambahan waranti 30 hari itu akan dimulakan serta merta apabila PKP ditamatkan.

Selain daripada ASUS, dua lagi syarikat iaitu Samsung dan HONOR turut mengambil langkah yang sama dengan memberi lanjutan waranti selama 30 hari bagi produk keluaran mereka.