Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Peranti Android Go Pertama Huawei Bakal Dilancarkan di Bawah Siri Huawei Y

Peranti Android Go Pertama Huawei Bakal Dilancarkan di Bawah Siri Huawei Y

Diterbitkan April 12, 2018 oleh Haikel Areff

Pada awal minggu ini, HMD Global baru sahaja melancarkan peranti yang menggunakan Android Go pertama mereka, Nokia 1. Hari ini, syarikat Huawei pula telah mengumumkan berkenaan peranti terbaru mereka yang akan menggunakan sistem operasi Android Go. Menurut laporan GizmoChina, peranti tersebut adalah salah satu peranti di bawah siri Huawei Y.

Android Go più veloce e leggero, per vecchi smartphone

Menurut Zhao Likun (Pengurus Besar untuk Kumpulan Perniagaan Pengguna Afrika Selatan Huawei), peranti terbaru Huawei itu akan dilancarkan pada bulan Mei ini di Afrika Selatan. Kenyataan ini bertepatan dengan pengumuman yang dibuat oleh Huawei pada awal tahun ini berkenaan peranti Android Go pertama mereka yang akan dilancarkan pada separuh pertama tahun ini.

Berkenaan dengan spesifikasi peranti tersebut, Zhao berkata ia berkemungkinan besar hadir dengan memori 1 GB RAM dan 16 GB kapasiti simpanan. Ini bersesuaian dengan fungsi utama sistem Android Go yang dibangunkan khas untuk kegunaan aplikasi ringan. Huawei berharap agar peranti ini dapat bertahan dengan baik sehingga sekurang-kurangnya dua tahun.

Peranti Android Go Pertama Huawei Bakal Dilancarkan di Bawah Siri Huawei Y

Google pada awal tahun ini telah mengumumkan berkenaan sistem operasi Android Go yang dibangunkan bertujuan untuk menyokong telefon pintar yang mempunyai memori bersaiz 512 MB atau 1 GB. Bagi mengoptimumkan penggunaan peranti yang menggunakan sistem operasi ini, Google juga telah mengetengah pelbagai aplikasi versi ‘lite’ seperti Facebook Lite, Youtube Go, Maps Go dan sebagainya.

Ikuti perkembangan terbaru mengenai peranti ini serta tarikh pelancarannya untuk pasaran Malaysia di Facebook rasmi Huawei Malaysia.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY