Peranti 4 Kamera Dengan Lensa 64MP Dari Realme Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Kira-kira sebulan lebih yang lalu, Realme ada berkongsikan imej hasil rakaman lensa 64MP, ibarat mahu mengacah kedatangan peranti seterusnya daripada mereka. Watermark pada imej turut memaparkan AI Quad Camera menggambarkan terdapat lagi tiga lensa tambahan yang akan dipertaruhkan oleh Realme kali ini.

Terkini, persoalan bilakah ia akan dilancarkan sudah terjawab dimana Realme menerusi akaun Twitter mereka telah mengumumkan 8 Ogos sebagai tarikh pelancaran rasmi peranti tersetbut.



Jika dilihat pada poster pengumuman ini, kemungkinan kamera bahagian belakang disusun secara melintang, dimulai dengan 64MP sebagai lensa utama dan dituruti tiga lensa lain. Realme belum lagi pernah melancarkan peranti dengan tiga kamera dan nampaknya mereka sudah merancang untuk menjadi pengeluar pertama hadir dengan kamera 64MP bersama-sama tetapan empat kamera.