Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lima Pasukan Dari Malaysia Akan Beraksi Di PUBG Mobile Club Open SEA 2019

Lima Pasukan Dari Malaysia Akan Beraksi Di PUBG Mobile Club Open SEA 2019

Diterbitkan Mei 16, 2019 · Dikemas kini Mei 17, 2019 oleh Helmi Samsuri

PUBG Mobile Club Open SEA League 2019 (PMCO 2019) sudahpun bermula sejak 8 Mei minggu yang lalu. Bukan sahaja mengejar status ‘Chicken Dinner’ semata-mata, pertandingan peringkat Asia Tenggara ini turut menawarkan hadiah wang tunai terkumpul berjumlah $2.5 juta kepada pasukan yang bertanding.

Lima Pasukan Dari Malaysia Akan Beraksi Di PUBG Mobile Club Open SEA 2019

Pertandingan disertai 24 pasukan terdiri dari 5 negara rantau ini, bakal menguji kemampuan masing-masing dan siap dipersenjatakan dengan Vivo V15 Pro RAM 8GB, telefon pintar dari Vivo yang merupakan penaja peranti rasmi bagi liga tersebut.Lima Pasukan Dari Malaysia Akan Beraksi Di PUBG Mobile Club Open SEA 2019

Lima pasukan tempatan yang bakal bertarung dalam edisi kali ini adalah Victorious In Play, AROV ESPORTS, Yoodo Gank, Team Secret dan Junior Talent.

Lima Pasukan Dari Malaysia Akan Beraksi Di PUBG Mobile Club Open SEA 2019

Liga tersebut terdiri dari 5 hari perlawanan dalam jangkamasa 5 minggu. Sebanyak 20 pasukan terpilih dari pertandingan akhir kebangsaan manakala baki 4 pasukan menyertainya atas tiket wildcard. Pasukan bertanding akan dibahagi kepada 3 kumpulan (8 pasukan satu kumpulan). Empat pasukan teratas dari setiap kumpulan akan melayakkan diri ke peringkat Grand Final.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY