Perancangan YouTube Untuk Video-Video Palsu

Masalah mengenai berita-berita palsu dan maklumat-maklumat salah menjejaskan hampir kesemua saluran sosial media. Samada mahu menyebarkan propaganda atau mahu mengambil keuntungan, penghasilan berita palsu ini oleh pihak tertentu secara keseluruhan hanya memburukkan keadaan bagi kebanyakkan pihak.

YouTube sebagai salah satu penyedia laman sesawang video terbesar di dunia akan melakukan beberapa langkah bagi menangani masalah ini. Mereka mengumumkan perkara ini semasa acara berita di New York.

Langkah pertama adalah mengubah algoritma di dalam YouTube bagi mengutamakan video dari sumber yang boleh dipercayai. Pengguna akan melihat video dari sumber yang tulen meduduki tempat teratas diikuti video-video berkaitan lain.

Seterusnya adalah memasukkan carian Google News di dalam panel YouTube setelah carian video dibuat.



Fungsi ini ditambah bagi menangani isu-isu terkini terutamanya sepertiĀ mass shooting yang pernah berlaku di Amerika Syarikat atau konspirasi-konspirasi seperti pendaratan manusia di bulan. Pengguna terdedah dengan cerita-cerita konspirasi yang masih belum dibuktikan kesahihannya.

Dengan memasukkan bantuan teks dari sumber seperti Wikipedia dan Encylopedia Britannia, pengguna diharap tidak hanya melihat maklumat yang berpihak kepada satu sudut sahaja.

Ketua Pegawai Produk YouTube, Neal Mohan berkata penambahan ini akan dilaksanakan untuk 17 negara termasuk Amerika Syarikat dan akan diperluaskan lagi untuk negara-negara lain pada masa akan datang.

Usaha ini adalah sebahagian dari intiatif Google yang bernilai RM 1.2 bilion. RM 101 juta dari nilai tersebut akan diperuntukkan dalam pembiayaan inovasi untuk organisasi berita bagi mendapatkan lebih banyak sokongan dan kerjasama dengan industri berkaitan pada masa akan datang.

Sumber