Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ios 16

Peralihan Pengguna iPhone Ke iOS 16 Kini Mencapai 81%

Diterbitkan Jun 2, 2023 ยท Dikemas kini Jun 16, 2023 oleh Amalina Athman

Menjelang acara WWDC yang akan berlangsung beberapa hari lagi, Apple kini telah mengeluarkan statistik peralihan iOS 16 dan iPadOS 16.

Berkaitan

  • Apple WWDC23 Akan Berlangsung 5 Hingga 9 Jun, iOS 17 Antara Tumpuan
  • Spotify Kini Hadir Dengan Widget Pada 'Lock Screen' iOS 16, Ini Caranya
  • Cara Letak Widget TNG eWallet Pada 'Lock Screen' iPhone Untuk Mudahkan Pembayaran Di Kedai

Setakat 30 Mei 2023, sejumlah 81% pengguna aktif iPhone telah menaik taraf peranti ke iOS 16. Sementara itu, 13% iPhone masih menjalankan iOS 15, manakala 6% menggunakan iOS yang lebih lama.

iOS 16_1

Untuk rekod, iOS 16 dilancarkan pada September tahun lalu dan tersedia untuk iPhone 8 serta yang lebih baharu. Daripada statistik ini, ia memperlihatkan 10% iPhone yang menyokong iOS 16 masih menggunakan iOS 15 dan lebih terdahulu.

Selain iOS 16, Apple turut mendedahkan 71% peranti menjalankan iPadOS 16, sementara 20% masih menggunakan iPadOS 15 dan 9% dengan iOS yang lebih lama.

Sumber: App Store Developer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY