Peralihan Pengguna iPhone Ke iOS 13 Sudah Mencapai 50%. Sementara Pengguna Android Pula Masih...

Pengguna peranti Android masih terpaksa menunggu giliran untuk menaik taraf peranti mereka ke versi Android terbaru.


Berdasarkan kepada data yang dikongsikan oleh pihak Apple di laman sokongan Apple Developer, peralihan pengguna iphone kepada versi iOS terbaru iaitu iOS 13 sudah pun mencapai 50%. Manakala versi iOS 12 dan versi terdahulu masing-masing berada pada 41% dan 9%.



Pencapaian tersebut dicapai hanya kurang sebulan selepas iOS 13 mula ditawarkan kepada semua pengguna iPhone pada 20 September lalu.

Sementara pengguna peranti Android pula kebanyakkannya masih menggunakan versi Android terdahulu. Berdasarkan perkongsian Google di laman Android Developer, pengguna telefon pintar Android sebahagian besarnya masih menggunakan versi sistem operasi Android terdahulu.

Malah setakat bulan Mei 2019, pengguna Android 9 Pie baru sahaja mencapai 10.4% selepas 10 bulan ia dilancarkan.

Kapsyen: Setakat Mei 2019.




Setakat ini, Google belum berkongsikan status peranti Android yang sudah mula dikuasakan oleh sistem operasi Android terbaru iaitu Android 10.

Ini bermakna, sebahagian besar pengguna Android daripada 2.5bilion penggunanya masih belum dapat menaik taraf peranti mereka kepada versi Android 10.

Tidak sepertimana sebahagian besar pengguna Android yang masih belum dapat merasi ciri-ciri baru yang ada pada aplikasi di dalam peranti mereka, pengguna iPhone pula sudah bergembira dengan versi terkini iOS 13 dan menikmati aplikasi-aplikasi mereka yang menyokong pelbagai ciri baru.

Kapsyen: Pengguna iPhone dari model 2015 (iPhone 6s hingga terbaru) boleh menaik taraf iPhone mereka kepada versi iOS 13.


Jadi, jika pengguna Android inginkan versi Android 10 dengan segera, mereka terpaksalah membeli model terbaru telefon pintar Android seperti Samsung Galaxy S10, Huawei P30 ataupun OnePlus 7T yang menjadi telefon pintar pertama Android tersedia dipasang dengan Android 10.