OnePlus 7T Akan Tersedia Dilengkapi Dengan Sistem Android 10

Menjadikannya peranti Android pertama yang didatangkan bersama Android 10 bagi tahun ini.


Jika sebelum ini, model telefon pintar Android keluaran Google yang akan membawa sistem operasi Android terbaru, tetapi untuk tahun ini, telefon pintar dari OnePlus yang akan tersedia menggunakan sistem Android terbaru.

Menerusi ciapan di laman rasmi Twitter OnePlus, mereka mengumumkan model OnePlus 7T yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 26 September ini (esok) akan sedia dilengkapi dengan sistem operasi Android 10.

https://twitter.com/oneplus/status/1176451208883535872?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1176451208883535872&ref_url=https%3A%2F%2Famanz.my%2F2019218109%2F

Sebelum ini pihak OnePlus telah memdedahkan imej OnePlus 7T kepada umum di laman rasmi mereka lebih awal dari tarikh pelancarannya.

Langkah ini mungkin memberikan gambaran bahawa Google tidak lagi menjadikan telefon pintar keluaran mereka sebagai produk eksklusif yang akan tersedia dengan sistem Android terbaru.

Malah pada tahun lalu, telefon pintar keluaran Sony iaitu Xperia XZ3 telah menjadi model telefon pintar Android pertama yang tersedia dengan sistem Android 9 (Pie).

Berkaitan