Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ROG Phone Munculkan Diri Di Computex 2018

Penyenaraian Di TEENA Memperlihatkan ASUS ROG Phone 2 Dengan Bateri 5800mAh

Diterbitkan Julai 18, 2019 ยท Dikemas kini Julai 19, 2019 oleh Helmi Samsuri

Beberapa tahun kebelakangan ini, ASUS agak sinonim dengan penggunaan bateri berkapasiti besar pada peranti mereka. Kini ia dilihat bakal mempertaruhkan perkara yang sama pada model terbaru peranti memfokuskan permainan mereka, ROG Phone 2.

Ini adalah berdasarkan informasi daripada badan kawal selia China, TEENA yang mendedahkan spesifikasi yang bakal dibawa pada model berkenaan. ROG Phone 2 disenaraikan dengan bateri berkapasiti 5800mAh disamping penggunaan skrin AMOLED berukuran 6.59 inci.

Penyenaraian Di TEENA Memperlihatkan ASUS ROG Phone 2 Dengan Bateri 5800mAh

Terdahulu, reka bentuk sebenar peranti ini sudah mula tersebar dengan menunjukkan pilihan kadar segar semula paparan antara 60Hz sehingga 120Hz. Spekulasi sebelum ini turut menyatakan ia bakal disediakan dengan sokongan pengecasan pantas sehingga 30W.

Sumber: GizChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY