Imej Dikatakan ASUS ROG Phone 2 Perlihatkan Kadar Segar Semula 120Hz

Menjelang hari pelancaran yang akan diadakan lebih kurang seminggu sahaja lagi, satu imej rekaan sebenar ASUS ROG Phone 2 mula tersebar.

Melihat kepada imej terbabit, bahagian hadapannya agak sama seperti model terdahulu dengan pembesar suara terletak pada bezel atas dan bawah skrin paparan. Sedikit kekanan, kelihatan sebuah sensor kamera rakaman hadapan yang masih belum diketahui resolusinya.



Sebuah lagi imej pula menunjukkan pilihan kadar segar semula yang boleh diubah antara 60Hz, 90Hz dan 120Hz.



Berkenaan spesifikasi, ia kini dilaporkan menjadi peranti terawal yang akan dikuasakan oleh cip pemprosesan terbaru Qualcomm, Snapdragon 855 Plus. Cip ini hadir dengan keupayaan CPU yang dipertingkatkan selain menjanjikan tambah baik pada GPU sehingga 15%.

Untuk spesifikasi rasmi, sama-sama kita nantikan pelancaran peranti yang memfokuskan permainan mudah alih ini minggu hadapan.

Sumber: IndiaShopps via GSMArena