Berbeza pula dengan virus yang digunakan sekumpulan penyelidik dari Massachusetts Institute of Technology (MIT) dan Singapore University.
Penyelidik-penyelidik tersebut telah membangunkan satu kaedah baru untuk menghasilkan phase-change memory menggunakan sejenis virus biologi yang dipanggil sebagai M13 bacteriophage.
Phase-change memory yang dibangunkan itu dilapor mampu menyelesaikan masalah perlahan ketika menghantar serta menyimpan data diantara RAM dan cakera keras (hard drive).
Ia juga dikatakan mempunyai kelajuan yang sama dengan RAM dan menawarkan kapasiti storan yang lebih besar daripada cakera keras sedia ada.
Namun begitu, terdapat halangan untuk menghasilkannya dengan bahan-bahan lain dan justeru itu, penyelidik menggunakan virus biologi M13 bacteriophage untuk digunakan dalam proses penghasilan wayar halus.
Penyelidik berpendapat penemuan kaedah baru ini dapat mengatasi kelewatan ketika proses menghantar serta menyimpan data dalam memori.
Ia merupakan satu perkembangan menarik untuk dinantikan dan walaupun kita merasakan sistem memori sedia ada sudah laju, masih terdapat ruang untuk diperkemaskan yang mampu mengatasi kelewatan beberapa millisaat.
Sumber: ACS Publication via FossBytes
Berkaitan
- Kirin 980 Diperkenalkan, Cip 7nm Pertama Di Dunia Dan 37% Lebih Laju Berbanding Versi Lama
- Rekaan Galaxy Tab S5e Dikatakan Penyebab Kepada Masalah Sambungan WiFi
- Celcom Tawar Kadar Istimewa Untuk Jemaah Haji Malaysia
- HONOR 20 Pro Dapat Lesen Google Play, Mungkin Dilancarkan Pada Beberapa Pasaran Tidak Lama Lagi
- Super Mario Run Di Muat Turun Lebih 40 Juta Kali Dalam Masa Empat Hari
- Layari Media Sosial Tanpa Had Dengan App-Onz Dari U Mobile
- Snapdragon 855 Plus Diperkenalkan, Fokus Kepada Permainan Dengan GPU 15% Lebih Pantas
- EA Sah Keluarkan FIFA 18 Untuk Nintendo Switch
- 5 Fakta Ringkas Tentang Ford GT 2017
- Panggilan Video Mula Hadir Pada Aplikasi Whatsapp Versi Beta