Snapdragon 855 sudahpun memasuki usia tujuh bulan selepas diperkenalkan secara rasmi pada Disember 2018, Qualcomm telah mengumumkan cip pemprosesan terbaru, Snapdragon 855 Plus.
Ia masih sebuah cip pemprosesan 7nm dan mempunyai 8 teras, tetapi penambahbaikan yang diberi pada ahli baru adalah dari segi kepantasan CPU dimana teras “Prime” ditingkatkan kepada 2.96GHz berbanding versi sebelumnya pada kelajuan 2.84GHz.
Seperti contoh Snapdragon 855, lapan teras CPU dibahagikan kepada dua set empat teras. Set teras lebih “besar” akan mendapat rekaan lebih baik dan pantas bagi tugasan berat, sementara set teras “kecil” adalah perlahan tetapi cekap kuasa untuk beban kerja yang lebih kecil.
Pada Snapdragon 855, teras Cortex A76 pada kelajuan 2.84GHz, tiga teras A76 pada 2.42GHz dan baki empat lagi teras Cortex-A55 pada kelajuan 1.8GHz. Kelajuan teras “Prime” yang ditingkatkan bermaksud hanya teras utama itu yang lebih pantas.
Tidak ketinggalan adalah bahagian GPU dimana menurut Qualcomm, Adreno 640 dijanjikan dengan prestasi grafik 15% lebih baik.
Cip pemprosesan terbaru ini djangka akan mula dipasarkan sekitar pertengahan tahun ini dan ia dikatakan bakal melengkapi telefon pintar yang memfokuskan kepada permainan mudah alih.
Sumber: Qualcomm