Ford GT supercar
generasi kedua telah diperkenalkan tahun ini. Direka untuk memberi kelajuan
yang optimum serta memberi pengalaman yang luar biasa ketika mengendalikan
jentera itu. Mempunyai dua tempat duduk dan berbentuk aerodinamik. Diperbuat
dari fiber-carbon, sangat ringan untuk daya pecutan yang maksimum. Mari kita
lihat apa yang terdapat dalam jentera berharga $400,000 ini.

- Dikuasakan oleh turbocharged,
3.5 liter, enjin EcoBoost V-6 yang menghasilkan 600 kuasa kuda. Menurut
jurutera dari Ford, ia diilhamkan dari jentera lumba Ford Daytona. - Kesemua model baharu GT Supercar dipamerkan kepada umum pada 2015
sebagai sebuah kereta konsep yang berlangsung di Pameran Auto Antarabangsa
Amerika Utara. Sebanyak 7000 permohonan pembelian dihantar kepada Ford untuk
membeli model yang hanya akan dipasarkan pada 2017 dan terhad kepada 500 unit
sahaja. - Rangka badan diperbuat dari
aluminium dan carbon fibre diserikan lagi dengan spoiler dibahagian belakang
yang mempunya fungsi air brake. Sayap di belakang boleh dicondongkan keatas
ataupun kebawah. Dilengkapi dengan sistem brek dari Brembo dan tayar istimewa
direka dari carbon fibre. - Model GT baharu ini mempunyai
suspensi “aktif” yang direndahkan apabila kereta mencapai kelajuan yang paling
tinggi bagi kawalan yang lebih stabil. Terdapat juga butang di bahagian pemandu
berfungsi untuk meninggikan bahagian hadapan kereta bertujuan mengelak bonggol
atau apa-apa yang menghalang laluan. - Pilihan warna dan jenis jaluran yang menghiasi
badan kereta boleh di dapati di laman web rasmi Ford.
Sumber:
jdpower.com
jdpower.com