Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
P HAILING

Penunggang P-Hailing Bakal Diwajibkan Lesen GDL

Diterbitkan Ogos 9, 2022 oleh Amalina Athman

Penunggang penghantar barangan dan makanan atau p-hailing bakal disyaratkan untuk memiliki Lesen Memandu Vokasional (GDL) apabila beberapa akta sedia ada dipinda untuk memastikan perkhidmatan p-hailing di negara ini diselia dengan baik.

Berkaitan

  • Rakyat Malaysia Lebih Suka Kerja 'Food Rider' Daripada Sektor 3D
  • airasia Tawar Kerja Tetap Kepada Penghantar Gig, Tambahan Pendapatan Terjamin Sehingga RM3,000 Sebulan
  • Grab Nafi Kurangkan Upah Penghantar Makanan

Memetik laporan Bernama, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lepas bersetuju supaya Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dipinda.

Pindaan ini bertujuan untuk pengawalseliaan serta penetapan peraturan dan mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan.

Merujuk kepada syarat memiliki lesen GDL itu, Wee Ka Siong berkata ia dilaksanakan bukan untuk membebankan, sebaliknya bagi membolehkan pihak kementerian mengetahui bilangan penunggang yang ada dalam negara.

Tambahnya, penunggang p-hailing yang memiliki lesen itu juga akan diberikan kursus pemanduan kerana ada rungutan penunggang tidak mematuhi undang-undang jalan raya. Melalui GDL, pihaknya akan mengetahui siapa yang bekerja dalam p-hailing dan apa tingkah laku mereka.

Antara pindaan lainnya turut melibatkan had umur penunggang p-hailing kepada tidak kurang dari 18 tahun berbanding 21 tahun, bagi mendapatkan lesen GDL.

Ketiga-tiga rang undang-undang bagi meminda akta terbabit dijangka akan dibentangkan untuk perbahasan dan kelulusan Parlimen di dalam sesi akan datang.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY