Huawei terus berdepan sekatan A.S.
Huawei hari ini mengeluarkan kenyataan media mereka sebagai menentang keputusan Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat yang telah menambah lagi 46 buah syarikat sekutu Huawei ke dalam senarai entiti mereka.
Menurut Huawei, keputusan pihak pentadbiran Trump ini dilihat lebih kepada tindakan politik, bukannya ada kena mengena dengan tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka kononnya Huawei mengugat keselamatan negara A.S.
"It's clear that this decision, made at this particular time, is politically motivated and has nothing to do with national security. These actions violate the basic principles of free market competition. They are in no one's interests, including US companies." Huawei.
Selain itu, Huawei juga respon terhadap lanjutan lesen sementara yang diberikan kepada Huawei. Mereka tetap menyatakan bahawa, walaupun kerajaan A.S melanjutkan lagi lesen sementara untuk Huawei di A.S, ia tetap tidak mengubah fakta bahawa Huawei dilayan dengan tidak adil oleh A.S.
Namun begitu Huawei menegaskan, keputusan menyekat syarikat-syarikat sekutu mereka tidak memberi impak yang ketara terhadap urusan perniagaan mereka. Malah mereka terus bertekad dalam menghasilkan produk berkualiti dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pengguna mereka di seluruh dunia.
Berkaitan
- Huawei Dilaporkan Terpaksa Membatalkan Pelancaran Model Terbaru Komputer Riba Mereka Di CES Asia 2019
- Siri Huawei P50 Dilancarkan, Hanya Menyokong Rangkaian 4G Sahaja
- Huawei Didakwa Membantu Pembangunan Teknologi Rangkaian Tanpa Wayar Untuk Korea Utara
- Buat Panggilan Dan Dengar Lagu Dari Jam Pintar HUAWEI WATCH 3
- HUAWEI Mate Xs 5G Akan Memasuki Pasaran Malaysia Pada 20 Mac 2020
- Akibat Jual Lebih 7 Juta 'Hard Disk' Kepada Huawei, Seagate Didenda RM1.3 Bilion
- Sebanyak 70 Aplikasi Popular Android Akan Tersedia Dipasang Ke Dalam Telefon Pintar Huawei
- Senarai Telefon Pintar Huawei Yang Akan Menerima Kemas Kini Global EMUI 10 Tahun Ini
- Jom "Raya Bergaya Bersama Huawei" Dan Rebut Promosi Bernilai Sehingga RM2,000
- A.S Menuduh Huawei Menawarkan Bonus Kepada Pekerja Yang Berjaya Mencuri Rahsia Firma Pesaing Mereka