Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Mematikan Fungsi Pelayar Dalaman Facebook

Sebanyak 70 Aplikasi Popular Android Akan Tersedia Dipasang Ke Dalam Telefon Pintar Huawei

Diterbitkan Februari 8, 2020 · Dikemas kini Februari 8, 2020 oleh ariff bukhari

Model Huawei P40, P40 Pro dan P40 Lite dijangka akan mula dipasang dengan aplikasi-aplikasi tersebut.

Selepas ditunjukkan jalan keluar oleh Google, Huawei dilaporkan akan memuatkan sebanyak 70 aplikasi popular Android yang ditawarkan di Google Play Store ke dalam telefon pintar keluaran mereka.

Menurut laporan oleh laman Mobiletelefon, Huawei telah mengambil keputusan itu untuk model telefon pintar keluaran mereka pada masa hadapan.

Dijangkakan, model telefon pintar Huawei P40, P40 Pro dan P40 Lite dijangka akan menjadi barisan terawal telefon pintar yang akan di pra pasang dengan aplikasi-aplikasi tersebut.

Ia dilihat sebagai antara langkah alternatif yang diambil Huawei selepas tidak lagi menggunakan sistem Android serta ketiadaan servis Google Play Store di dalam peranti mereka.

Walaubagaimanapun, aplikasi-aplikasi yang di pra pasang itu mungkin berbeza mengikut pasaran sesebuah negara.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Huawei, OPPO, Xiaomi Dan Vivo telah bekerjasama bagi membangunkan pesaing kepada Google Play Store. Ia sebagai tindakan oleh pengeluar-pengeluar telefon pintar terkemuka dari China itu  bagi memberi saingan kepada Google Play Store yang mendominasi pasaran ketika ini.

Sumber: GizChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY